KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 ditetapkan pada 16 hingga 19 Mac depan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan itu diadakan secara bersemuka dan tidak secara hibrid.
"Kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.
"Kesemua lima orang perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri Perhimpunan Agung masing-masing pada kali ini.
"Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi MySejahtera, pensanitasi tangan dan lain-lain," katanya.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan itu, isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak disebut meskipun ia hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Sementara itu dalam kenyataan sama, MKT UMNO turut menyentuh isu pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Selangor.
"Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari 2022 juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir-banjir besar pada masa akan datang.
"MKT UMNO ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir," ujarnya.
Dalam pada itu, MKT UMNO menegaskan bahawa sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.
"MKT telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang," katanya.
Berikut adalah aturcara perjalanan PAU2021 pada 16 hingga 19 Mac ini:
16 Mac 2022 (Rabu)
Perasmian Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh Datuk Seri Timbalan Presiden UMNO
17 Mac 2022 (Khamis)
Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung
18 Mac 2022 (Jumaat)
Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Datuk Seri Presiden UMNO
Perhimpunan Agung UMNO bermula
19 Mac 2022 (Sabtu)
Perhimpunan Agung UMNO hari kedua
Ridauddin Daud
Wed Jan 12 2022
Perkara itu dimaklumkan Ahli MKT UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika ditemui media sejurus selesai mesyuarat di Menara Dato' Onn, di sini pada Rabu malam. - Gambar fail
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.
Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Datuk Seri Ahmad Said.
MKT UMNO pecat Isham Jalil
Keputusan pemecatan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.
UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian.
Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi tumpuan malam ini.
PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.
Pengampunan Najib: "Kita tak boleh paksa-paksa, biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan..."
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu berkata, isu tersebut kini bukan lagi di bawah urusan kementeriannya.
Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.