KUALA LUMPUR: Kerjasama UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) masih belum tamat, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau bagaimanapun mengakui hubungan itu telah sampai ke "ayat akhir" tetapi belum "dikhatamkan".
"Tetapi kita perlu jelaskan kita cuma akan bersama dengan yang setia, bukan orang yang main banyak kolam yang akhirnya nanti ramai yang keliru dan kita sendiri pun keliru," katanya pada sidang media selepas perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju MN yang piagamnya dimeterai UMNO dan Pas pada 14 Sept 2019.
Ditanya sama ada Pas dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021 kali ini, Mohamad berkata: "Sebab kekangan tempat... tempat tidak mengizinkan, prosedur operasi standard (SOP)... cakap bersopan".
BACA: Pas tidak dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO?
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Mengenai Pilihan Raya Umum (PRU), beliau berkata kehendak ia diadakan segera adalah kemahuan parti.
"Saya sebagai pengarah pilihan raya parti, saya merancang strategi supaya parti menang dalam pilihan raya. Sekarang tiba masanya untuk kami bertindak, jadi biarlah kami bincang di peringkat pimpinan tertinggi parti, apa baik apa tidak baik, apa untung, apa ruginya kepada parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Mohamad melambaikan tangan kepada perwakilan ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).
Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menerima sijil keahlian Perikatan Nasional (PN) daripada presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.
Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad.
Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.
UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).