ALOR SETAR: Keretakan hubungan di antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) kini diibaratkan seperti ‘pinggan retak seribu’ selepas hampir tiga tahun.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.
"Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di sini, pada Sabtu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian mengenai situasi semasa hubungan UMNO dan Pas dalam MN yang dilihat seolah-olah akan roboh.
Kata Mahfuz, bagaimanapun Pas masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama UMNO sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.
“Bagi saya, Pas adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.
“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan Pas, UMNO semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat,” katanya.
Menurut Mahfuz, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengesahkan bahawa berlaku perbincangan pada 20 Julai 2008 menyebabkan dia terpaksa memohon maaf kerana menafikan perkara itu.
“Jadi, ini menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dalam persahabatan,” katanya.
Ketika diminta mengulas kenyataan Pas ingin bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Mahfuz mendakwa parti itu cuba mencari seberapa banyak pengaruh untuk kepentingan mereka.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 14 2022
Mahfuz (duduk, kiri) bersama tetamu yang hadir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
LPP cadang harga lantai belian padi dinaikkan
Kenaikan harga lantai padi juga sebagai melindungi petani supaya pengilang beras tidak boleh membeli padi di bawah paras ditetapkan.
Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi
Mahkamah Tinggi Alor Setar perintah Mahfuz Omar bayar ganti rugi RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: "Alor Mengkudu antara penyumbang tubuh kerajaan negeri baharu" - Mahfuz
Penyandang kerusi DUN Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar yakin kerusi yang sedang dipertahankan itu bakal menjadi salah satu penyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu di kedah.
Salahuddin ditidurkan, stabil selepas pembedahan - Saifuddin
Keadaan Salahuddin stabil selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak dan berada dalam pemantauan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.
Salahuddin selamat jalani pembedahan
Timbalan Presiden Amanah itu telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya.
Mahfuz selar dakwaan 'plot besar' Sanusi, anggap cubaan alih perhatian
Mahfuz menyelar Sanusi yang didakwa cuba mengalih perhatian dengan menyatakan plot besar dirancang untuk memburukkan imejnya.
PRN: PH-BN mampu tawan Kedah jika berlaku peralihan 10 peratus undi - Mahfuz
PH Kedah yakin bahawa gabungan bersama BN negeri berkemampuan untuk menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu dalam PRN akan datang.