awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRK: Parti pembangkang perlu bermuhasabah - Azmin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
20/06/2016
06:14 MYT
Pasca PRK: Parti pembangkang perlu bermuhasabah - Azmin
AZMIN: Pakatan (pembangkang) perlu bangkit memandangkan banyak cadangan meminta untuk pembangkang kembali berunding. - Foto Astro AWANI
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak semua parti pembangkang untuk kembali berunding bagi menyusun strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau juga tidak mahu menyalahkan sesiapa susulan keputusan yang diperoleh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.
"Saya harap keputusan ini dapat beri pengajaran buat semua parti politik untuk tidak menyalahi mana-mana pihak. Jangan salahkan rakyat dan pengundi, tapi ambil sikap bincang semula bagi kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya.
"Ketika ini amat terlalu awal untuk ulas lanjut sebab semua parti politik akan analisis secara terperinci," katanya kepada media selepas Majlis Rapat Ramadan bersama Perkhidmatan Awam Selangor di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, pakatan perlu bangkit memandangkan banyak cadangan meminta untuk pembangkang kembali berunding.
Dalam majlis tersebut, Azmin turut mengumumkan bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak 1.5 bulan gaji kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.
Selain itu, bagi meringankan beban tanggungan di samping menghargai perkhidmatan penjawat awam, dua insentif lain turut diumumkan.
Insentif pertama membabitkan kenaikan gaji bagi 2016, iaitu kenaikan biasa serta kenaikan khas melibatkan sebanyak RM6.83 juta bagi satu kenaikan.
Manakala insentif kedua adalah bayaran imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah sebanyak RM180 iaitu kenaikan sehingga RM300 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM11.2 juta.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#naik gaji
#PRK
#PRK Kuala Kangsar
#PRK Sungai Besar
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan