KUALA LUMPUR: Keputusan Pemilihan PKR 2022 merupakan keputusan yang dizahirkan oleh anggota parti yang inginkan perubahan serta pembaharuan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Timbalan Ketua PKR Cabang Shah Alam, Mohd Najwan Halimi berkata perubahan serta pembaharuan kepimpinan parti itu membuktikan bahawa anggota parti menaruh kepercayaan terutamanya kepada generasi muda dalam membantu Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti itu.
"Pemilihan parti kali ini turut menyaksikan pemilihan Mohd Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR manakala Datuk Seri Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang dan Datuk Seri Aminuddin Harun dipilih sebagai Naib Presiden PKR yang baharu.
"Saya rakamkan ucapan tahniah kepada semua calon jawatan tertinggi parti yang telah diberi mandat oleh anggota PKR.
"Keputusan yang dizahirkan oleh anggota PKR jelas menunjukkan bahawa majoriti anggota inginkan perubahan serta pembaharuan khususnya terkait dengan persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak," jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Mohd Najwan, keputusan pemilihan kali ini juga membuktikan bahawa parti itu tidak pernah ketandusan pemimpin.
Malahan ruang diberikan kepada generasi muda yang percaya dengan agenda Reformasi serta hala tuju parti.
"Keputusan sama turut diterjemahkan dalam pemilihan di Cabang Shah Alam yang menyaksikan tumbangnya penyandang jawatan Ketua Cabang selama 12 tahun.
"Ternyata, majoriti anggota PKR inginkan perubahan dan mahukan kepimpinan yang bersifat dinamik, agresif, dan inklusif," katanya lagi.
Dalam pemilihan kali ini, Mohd Najwan turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam, manakala Ketua Cabang dimenangi Rodziah Ismail.
"Bergerak ke hadapan, saya menggesa semua lapisan pimpinan dan anggota agar kembali bertaut sebagai sebuah pasukan besar PKR dan mengetepikan sentimen kabilah serta menumpukan kekuatan untuk berkhidmat kepada parti khususnya dalam membantu kepimpinan Presiden memenangi PRU15," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon May 30 2022
Mohd Najwan berkata keputusan pemilihan kali ini juga membuktikan bahawa parti itu tidak pernah ketandusan pemimpin. - Gambar fail
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
18 Ogos keputusan rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat
Mahkamah tidak dapat memutuskan rayuan itu hari ini dan menetapkan pada 3 petang, 18 Ogos untuk menyampaikan keputusan.
MIC nafi ketengah manifesto bebaskan Najib
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menafikan laporan yang mengatakan bahawa resolusi manifestonya merangkumi pembebasan Najib Razak.
PH angkuh belum pertimbang penyertaan MUDA - Ambiga
Ketika ini tiada kenyataan rasmi mengenai hasrat parti itu untuk menyertai PH.
Pas terbuka berbincang dengan UMNO kedudukan 27 kerusi kritikal - Tuan Ibrahim
Perbincangan boleh diadakan dalam memastikan kesemua 27 kerusi kritikal berpotensi dimenangi sama ada oleh PN atau BN.
Hormati keputusan mahkamah, beri tumpuan perkasa parti - Salleh Keruak
Semua pihak perlu menghormati proses mahkamah dan hanya perlu memberi fokus terhadap usaha memperkasa jentera dalam berdepan PRU-15.
RoS diharapkan 'murah hati' luluskan nama, prinsip perlembagaan Gerakan Tanah Air - Dr Mahathir
"Kita harap RoS juga bertimbang rasa kepada kita dengan nama, prinsip dan perlembagaan kita dengan secepat mungkin."
Gerakan Tanah Air dijangka bertanding 120 kerusi dalam PRU15 - Dr Mahathir
Tun Mahathir yakin mendapat sokongan daripada rakyat terutama orang Melayu yang menolak rasuah serta penyelewengan.
Gerakan Tanah Air gabungan parti politik Melayu menentang UMNO dalam PRU15 - Tun Mahathir
Ia melibatkan gabungan beberapa parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional dan akademik serta individu tertentu.
PRU15: BN perlu tampilkan lebih banyak muka baharu - Ahmad Zahid
Menampilkan muka baharu sebagai calon PRU telah terbukti berjaya mendapat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.
Sayap Puteri BN diluluskan secara rasmi
Kesiapsiagaan jentera Puteri BN ditulang belakangi oleh Puteri UMNO melebihi kesiapsiagaan mana-mana pilihan raya umum lalu.