SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) di enam negeri boleh memulakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.
"Di peringkat negeri, kami mengarahkan untuk memulakan rundingan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
"Mana-mana yang mencapai persetujuan kami anggap bersetuju dan bagi yang belum bersetuju, perkara itu akan diangkat ke peringkat jawatankuasa di peringkat Pusat untuk dimuktamadkan," katanya kepada pemberita pada majlis penerapan nilai-nilai murni dan iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI di sini hari ini.
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia bagi memastikan tiada pertembungan antara PH dan BN pada hari penamaan calon.
Beliau berkata isu berbangkit mengenai tuntutan kerusi merupakan proses biasa dalam rundingan politik.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan PH negeri bagi mencari persefahaman, selain turut meminta diberikan tambahan dua kerusi DUN dalam PRN nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
PRN: Rundingan kerusi di Kelantan selesai 99 peratus - Nik Nazmi
Rundingan pembahagian kerusi antara parti Kerajaan Perpaduan di Kelantan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai 99 peratus.
PRN: Rundingan kerusi lancar, beberapa negeri capai tahap 90 peratus - Saifuddin
Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.
PRN: Rundingan agihan kerusi PH-BN boleh dimulakan - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) di enam negeri boleh memulakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: Rundingan kerusi PH, BN masih terbuka - Salahuddin
Salahuddin berkata perkara seperti itu biasa berlaku dalam mana-mana proses pembahagian kerusi setiap kali menjelang pilihan raya.
Rundingan kerusi PRN 'ujian' semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan - Wee
Setakat ini partinya masih belum menerima apa-apa isyarat atau makluman mengenai rundingan.
Cadangan rundingan 27 kerusi kritikal UMNO dan Pas perlu diberi perhatian - Ismail Sabri
Cadangan agar perbincangan dijalankan di antara UMNO dan Pas mengenai 27 kerusi kritikal perlu diberi perhatian.
PRN Johor: PKR anggap isu rundingan kerusi dengan MUDA selesai
PKR menganggap isu rundingan kerusi dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sudah selesai dan mahu fokus kepada usaha memenangkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.
PRN Johor: 4 pemimpin utama pembangkang sepentas, komited tumbangkan UMNO, BN
Sebelum ini, rundingan PKR, Muda seperti tergantung apabila Anwar mengumumkan calon untuk lima kerusi, termasuk dua yang diminta Muda
BN Johor sudah mula bincang agihan kerusi PRU15 - Hasni
Barisan Nasional (BN) Johor sudah memulakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi antara komponen parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).