KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Dr Kelvin Yii Lee Wuen mempersoal usaha Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengusahakan subsidi kepada Anak Sarawak untuk pulang mengundi.
Sebaliknya Ahli Parlimen Bandar Kuching itu mahu satu pembaharuan pilihan raya untuk membenarkan pengundian pos untuk rakyat Malaysia Timur.
Kelvin menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata GPS sepatutnya menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan semua pembaharuan yang diperlukan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Ia termasuk pengundian tidak hadir bagi rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan luar dua wilayah itu.
"Apabila SPR bermesyuarat pada 20 Oktober, selain mengumumkan tarikh pilihan raya itu sendiri, SPR harus mengumumkan pembaharuan untuk membolehkan rakyat Sarawak dan Sabah mengundi tanpa perlu membelanjakan ribuan wang semata-mata untuk mengembara sepanjang jalan untuk melaksanakan hak asasi mereka," jelasnya.
Tambah Kelvin, pembaharuan sebegini katanya penting untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan pengundi, terutamanya untuk pilihan raya yang diadakan di Sabah dan Sarawak.
Dianggarkan sehingga 20 peratus pengundi Sabah dan Sarawak yang layak tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia.
Terdahulu pada Ahad, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sesi Townhall Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di ibu negara memaklumkan Kerajaan Sarawak akan memikirkan penyelesaian yang paling murah dan sesuai untuk membolehkan anak-anak Sarawak di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar negeri itu pulang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BACA: PRU15: Kerajaan negeri akan usaha bantu anak Sarawak pulang mengundi - Abang Jo
Pengerusi GPS itu turut menegaskan adalah menjadi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan dan hak belia Sarawak dipenuhi terutama dalam proses pilihan raya.
Astro Awani
Sun Oct 16 2022

Kelvin berpendapat daripada mengeluarkan belanja besar untuk subsidi balik mengundi, adalah lebih baik membenarkan pengundian pos untuk pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia. - Foto Facebook@DrKelvinyii

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).