ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut.
Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.
"Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentu sahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.
"Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang itu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana (Balik Pulau), dengan Perak mungkin ada.
"(Sempadan Kedah-Pulau Pinang) nak ukur kat mana, nak pakai warta nombor berapa," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis di Wisma Darul Aman, dekat sini.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Muhammad Sanusi dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang disaksikan Ketua Pengarah JUPEM, Mohammad Zaki Mohd Ghazali dan Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Muhammad Yasir Yahya.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Zepri Saad.
Dalam pada Muhammad Sanusi mendakwa, pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.
"Bukan nak ambil balik, bukan terlepas apa pun, memang hak kita," ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, perjanjian persempadanan darat dan maritim antara Kedah dan Perlis adalah melibatkan 44.3 kilometer (km) bagi darat manakala 5.6km bagi maritim (laut) yang bersamaan tiga batu nautika.
Menurutnya, perjanjian yang dimeterai itu telah melakar sejarah baharu antara kedua-dua negeri yang dapat memuktamadkan garis sempadan darat dan laut secara serentak serta sektor yang pertama di Malaysia.
“Menjadi satu lembaran baharu kepada Malaysia serta Kedah dan Perlis dalam menjalinkan kerjasama yang lebih produktif pada masa akan datang.
"Perjanjian persempadanan ini dapat merancakkan lagi kerjasama sedia ada seperti ekonomi dan penguatkuasaan antara kedua-dua negeri selain menjana bidang kerjasama baharu berimpak tinggi yang akan memanfaatkan rakyat di kedua-dua negeri," jelasnya.
Mohd Shukri pula berkata, beberapa isu yang dihadapi kerajaan negeri terutama berkenaan hak milik tanah dapat diselesaikan melalui perjanjian tersebut.
"Saya rasa bersyukur kerana banyak masalah di sempadan Perlis dan Kedah dapat diselesaikan khususnya isu tanah yang menjadi perkara sensitif oleh rakyat, isu tanah perkuburan di Kobah dan isu Sempadan di Kuala Sanglang,”katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
MUHAMMAD SANUSI: Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentu sahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya. -Foto Sinar Harian
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.