KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub lebih disenangi pengundi di parlimen tersebut berbanding Datuk Nur Jazlan Mohamed, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mohamed Nazri berkata, kemenangan Salahuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti rakyat lebih meyakininya.
“Pada saya Salahuddin telah membuktikan dia telah memberi khidmat yang jauh lebih baik berbanding Nur Jazlan di Pulai.
“Bukti jelas rakyat menyenangi Salahuddin bila dia menang di DUN Simpang Jeram pada PRN Johor baru-baru ini.
“Ketika itu, rakyat tolak ramai calon PH tetapi Salahuddin menang, itu tanda rakyat suka dia.
“Masa dia lawan Nur Jazlan di Pulai pada PRU14 pun dia menang besar, itu pun isyarat rakyat tidak suka Nur Jazlan.
“Saya tidak mahu ganggu ahli parlimen yang disenangi rakyat. Lagi pun Salahuddin kawan baik saya,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pelawaan kali kedua Nur Jazlan agar bertanding di Parlimen Pulai.
Pada Selasa, Nur Jazlan sekali lagi mengulangi pelawaan beliau agar Mohamed Nazri bertanding di parlimen tersebut.
Mohamed Nazri turut merakam penghargaan kepada Nur Jazlan yang mengiktiraf beliau sebagai Pahlawan UMNO.
“Terima kasih lah sebab iktiraf saya sebagai Pahlawan UMNO.
“Hanya pahlawan sahaja yang boleh menang selesa dalam PRU ketika tsunami politik dan rakyat menolak UMNO.
“Saya tidak mahu komen lanjut tentang Nur Jazlan sebagai menghormati Allahyarham bapanya Tan Sri Mohamed Rahmat yang cukup saya kenali dan kasihi,” katanya lagi.
Sebelum ini ketika kali pertama dipelawa Nur Jazlan bertanding di Parlimen Pukai,Mohamed Nazri berkata beliau yakin boleh menang sekiranya bertanding di parlimen itu.
Selain Mohamed Nazri, Nur Jazlan turut mempelawa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bertanding di Parlimen Pulai pada PRU15 nanti.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jun 29 2022
Mohamed Nazri berkata, kemenangan Salahuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti rakyat lebih meyakininya. - Gambar fail/Sinar Harian
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.