awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nordiana tidak lepas peluang mengundi di Rantau

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/04/2019
09:54 MYT
Siti Nordiana tidak lepas peluang mengundi di Rantau
Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias tidak melepaskan peluang turun mengundi pada PRK Rantau.
Sebagai anak jati Sendayan, penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias, 35, tidak melepaskan peluang turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Beliau tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Sri Sendayan kira-kira jam 5 petang.
“Dalam pukul 2.30 petang, jadi saya ingatkan sampai pukul 3.30 petang, tetapi trafik sesak sangat, itu yang sampai lambat,” katanya kepada media selepas selesai mengundi di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun katanya, kesesakan jalan raya tidak mematahkan semangatnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Keluarga saya pun sangat-sangat memberi sokongan kepada Nana untuk datang mengundi hari ini,” tambahnya.
Siti Nordiana adalah antara 20,793 daripada 20,804 pengundi biasa layak mengundi pada PRK DUN Rantau.
PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Dr S Streram, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas, R Malarvizhi serta Mohd Nor Yassin.
Ini merupakan PRK ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).
Topic Berkaitan
#Dr S Streram
#Mohamad Hasan
#pilihan raya kecil
#PRK
#prk rantau
#Pusat Daerah Mengundi
#Rantau
#Rantau Memilih
#Siti Nordiana Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan