awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: MCA dekati pengundi Cina, bantu menangkan calon BN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/08/2020
09:52 MYT
Slim Memilih: MCA dekati pengundi Cina, bantu menangkan calon BN
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya memberi fokus kepada kawasan Slim River memandangkan kira-kira 85 peratus pengundi di kawasan tersebut merupakan kaum Cina. - Gambar fail/BERNAMA
Usaha memenangi hati pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim giat dijalankan oleh MCA dalam membantu memenangi calon BarisanNasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN tersebut.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya memberi fokus kepada kawasan Slim River memandangkan kira-kira 85 peratus pengundi di kawasan tersebut merupakan kaum Cina.
"Untuk PRK ini kita memberi tumpuan kepada kawasan ini dan kita berharap kali ini peluang akan diberikan kepda Barisan Nasional dan saya yakin dengan berkat usaha semua pihak tidak kira Barisan Nasional atau pun rakan-rakan BN atau Perikatan Nasional sekali pun, nampak sudah bergerak untuk membantu.
"Ini satu petanda yang baik dan saya tidak dapat meramalkan macam mana keputusannya tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu calon Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika meninjau tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kampung Rahmat Changkat Sulaiman, di sini.
Jelas beliau lagi, jentera parti tidak boleh terlalu selesa dan mengambil mudah ketika berdepan calon Bebas pada PRK kali ini, sebaliknya perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
Dalam pada itu beliau berkata, kepimpinan tertinggi MCA turut memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam mengekalkan DUN tersebut.
"Saya rasa apa yang penting adalah sejauh mana kita berkomunikasi dengan rakyat termasuk kempen rumah ke rumah, adalah sangat penting untuk menunjukkan keprihatinan dan berhubung dengan masyarakat tempatan.
"Kita tidak boleh bekerja pada saat-saat akhir, dan kita memiliki sokongan yang baik di sinik dan biasanya kita akan kempen di sini. Kita cenderung untuk memastikan rakan kita, BN boleh memenangi (PRK DUN Slim) dengan majoriti besar," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Kampung Rahmat Changkat Sulaiman
#KTMB
#MCA
#pengundi Cina
#Perikatan Nasional
#pilihan raya kecil
#PRK Slim
#Slim Memilih
#Slim River
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan