Tindakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Junaidi Abdul Rahman menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak memberi kesan kepada kepimpinan dan hala tuju UMNO bahagian itu.
Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdain Diego berkata, ini memandang, Junaidi telah lama meninggalkan dan meletakkan jawatan itu sejak Februari 2016.
Menurutnya, selepas mengambil keputusan itu, jawatan Junaidi telah diambil alih oleh Bahrul Razha Chuprat selaku Ketua Penerangan UMNO bahagian.
“(Penyertaan) Ia tidak memberi sebarang kesan kepada UMNO kerana dia (Junaidi) sudah lama meninggalkan UMNO Kota Kinabalu dari tahun 2016 lagi.
“Apa yang penting, hala tuju dan usaha kita memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang di Parlimen Kota Kinabalu akan diteruskan,” katanya.
BACA: 150 ahli UMNO Sepanggar sertai Warisan
Mengenai Manifesto BN yang dilancarkan baru-baru ini, Faisyal menyifatkan segmen khusus kepada Sabah dan Sarawak yang begitu terperinci berupaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap komitmen kerajaan membangunkan kedua-dua negeri ini.
“Manifesto itu mempunyai visi jangka panjang dengan pengisian sempurna dan komprehensif, membawa rakyat melintasi sasaran sebagai negara maju pada 2020,” ujarnya.
Daftar pemilih Parlimen 172 Kota Kinabalu berjumlah 56,703 orang, Dun N. 14 Likas 15,153 pemilih, Dun N.15 Api Api 19,303 dan Dun N.16 Luyang 21,852 dan Parlimen Kota Kinabalu mempunyai 21 pusat daerah mengundi.
Faiq Chong
Fri Apr 13 2018

Faisyal berkata Junaidi telah meletakkan jawatan sebagai sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu sejak Februari 2016. - Gambar Astro AWANI.

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Tindakan Junaidi tidak beri kesan kepada UMNO Kota Kinabalu - Faisyal
Tindakan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Junaidi Abdul Rahman menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak memberi kesan kepada kepimpinan dan hala tuju UMNO bahagian itu.