awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Walaupun bersama PH dan sokong Tun Mahathir, Baru Bian tetap dipecat

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/03/2020
03:40 MYT
Walaupun bersama PH dan sokong Tun Mahathir, Baru Bian tetap dipecat
Baru Bian antara 27 ahli PKR yang dibuang atau keluar parti selepas pengkhianatan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian disahkan antara 27 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipecat ekoran krisis politik sehingga jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Setiausaha Pengelola parti, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Nazmi berkata, 27 orang anggota telah dibuang atau keluar parti selepas pengkhianatan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.
“Ini termasuk Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang dipecat pada Majlis Pimpinan Pusat 24 Februari 2020, dua lagi anggota yang dibuang pada MPP 1 Mac 2020 dan lain-lain anggota menerusi bukti yang dikumpul di media sosial, rakaman video, pengumuman media dan lain-lain lagi.
“4 orang lagi anggota akan diproses pembuangan mereka dari daftar keanggotaan parti dalam masa yang terdekat berdasarkan sumber-sumber bukti yang sama,” katanya lagi.
Selain tiga individu berkenaan, turut tersenarai ialah setiausaha politik kepada Azmin, Muhammad Hilman Idham, setiausaha politik kepada Zuraida, Nor Hizwan Ahmad, dan pegawai tugas-tugas khas Zuraida, Nurul Huda Mohd Zainuddin.
Baru Bian antara 27 ahli PKR yang dibuang atau keluar parti selepas pengkhianatan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.
Senarai 27 ahli PKR yang dipecat
Ketika permulaan krisis politik itu, Baru dilaporkan antara penyokong kuat Azmin yang tidak mahu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri yang baharu.
Bagaimanapun pada saat-saat akhir, beliau dilaporkan mengubah fikiran dan pergi ke Yayasan Al-Bukhary pada 29 Feb, untuk menyatakan ikrar sokongan kepada Dr Mahathir.
BACA: Baru Bian tandatangani SD sokong Tun M, PH kini punyai 114 undi
BACA: Baru Bian tandatangani SD sokong Tun M, PH kini mempunyai 114 undi
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#Baru Bian
#kerajaan Persekutuan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia2020
#Nik Nazmi
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#PKR
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan