Pasukan bola sepak kebangsaan gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.
Jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, yang melakukan rombakan besar-besaran selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ke atas Singapura di Stadium Nasional Singapura Jumaat lepas bagi memberi peluang kepada pemain baharu, masih mencari formula kemenangan.
Kali terakhir Skuad Harimau Malaysia mencatatkan kemenangan ialah pada 22 Jun apabila menewaskan New Caledonia 2-1 ketika Jelajah Ocenia, yang kemudiannya tidak diiktiraf oleh FIFA kerana kesilapan teknikal di pihak penganjur.
Dalam aksi hari ini, pasukan pelawat membuka jaringan pada minit ke-21 apabila sepakan melencong Noarollah Amiri dari sudut kiri luar kotak penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentap dengan jaringan itu, skuad Harimau Malaysia mula mempamerkan corak permainan menyerang dan cubaan pertama skuad kebangsaan hanya hadir pada minit ke-33 apabila bola tandukan pemain pertahanan, Shahrul Mohd Saad tersasar di atas palang gol.
Harimau Malaysia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Muhd Hadin Azman yang menanduk masuk bola hantaran Matthew Thomas Davies pada masa tambahan babak pertama.
Kelekaan tonggak pertahanan negara untuk mengawal pemain pertahanan Afghanistan, Abassin Alikhil yang melakukan serangan balas pantas pada minit ke-70 hampir membawah padah tetapi berjaya dikawal balik oleh barisan pertahanah negara.
Malaysia, yang menduduki ranking dunia ke-153, mendapat peluang untuk menjaringkan gol kemenangan namun cubaan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan pelawat, Ovays Azizi pada minit ke-79.
Dalam tiga aksi terakhir Malaysia , seri tanpa jaringan dengan Singapura (7 Okt), tewas 3-0 di tangan Indonesia (6 Sept) dan seri 1-1 dengan Fiji (26 Jun), manakala Afghanistan pula tewas 0-2 kepada Lebanon (5 Sept), menang 2-1 kepada Singapura (29 Mac) dibelasah 5-0 oleh Jepun (24 Mac).
Untuk rekod, Malaysia hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 11 perlawanan sepanjang tahun ini, iaitu dua kemenangan 3-0 ke atas Timor Leste dalam aksi playoff kelayakan Piala Asia 2019 pada Jun lalu dan kemenangan keatas New Caledonia.
Skuad kebangsaan seterusnya dijangka berhadapan dengan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea pada 14 Nov di Malaysia, sebelum Kim Swee memuktamadkan senarai 23 pemain untuk Piala AFF yang akan bermula 19 Nov hingga 17 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2016
Foto Bernama
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.