Tiga gol dalam tempoh 32 minit pertama sudah cukup buat Liverpool menebus kekalahan lalu, apabila membenam Manchester City 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Bertandang ke laman lawan, Liverpool mempamer aksi yang diibarat penterjemahan terbaik kepada falsafah Jurgen Klopp terutama dalam separuh masa pertama.
Tewas di laman sendiri kepada Crystal Palace dalam pertemuan liga sebelum ini, The Reds beroleh suntikan awal apabila pemain City, Eliaquim Mangala menghadiahkan gol sendiri pada minit ke-7.
Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya Liverpool dengan Philippe Coutinho kembali berbisa menerjah gawang pada minit ke-23, sebelum Roberto Firmino menjadikan keputusan 3-0 dalam tempoh 32 minit pertama.
Usaha Sergio Aguero untuk merapatkan jurang buat City berbaki seminit sebelum rehat hanya sia-sia, tatkala The Citizens terus gagal untuk bangkit mempertahankan maruah di hadapan penyokong sendiri.
Jaringan Martin Skrtel pada minit ke-81 sudah cukup untuk memastikan kemenangan besar, hasil permainan yang sudah lama diidamkan peminat Liverpool sebaik Klopp menggantikan Brendan Rodgers.
Pada aksi Liga Perdana Inggeris lain awal pagi semalam menyaksikan Leicester City terus cipta kejutan, kali ini ke atas Newcastle United 3-0. Sementara itu, Arsenal dikejutkan West Bromwich 2-1, Everton menewaskan Aston Villa 4-0, Stoke City menewaskan Southampton 1-0.
Manakala Chelsea terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan Norwich City 1-0 di Stamford Bridge.
Sebelum itu, Manchester United tidak mempunyai masalah untuk menundukkan Watford 2-1.
Dengan kemenangan yang diraih Leicester terus menafikan kedudukan peneraju buat United yang hanya ketinggalan satu mata di tangga kedua. City pula akur gagal untuk kembali merampas kedudukan pendahulu, ketika Liverpool memperbaiki kedudukan di tangga ke-9.
Astro Arena
Sun Nov 22 2015
Tewas di laman sendiri kepada Crystal Palace dalam pertemuan liga sebelum ini, The Reds beroleh suntikan awal apabila pemain City, Eliaquim Mangala menghadiahkan gol sendiri pada minit ke-7. - Gambar Astro ARENA
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Prestasi Manchester City kembali 'yoyo'
Haaland mengetuai kebangkitan City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30 untuk mengikat separuh masa pertama dengan keputusan 1-1.
Liverpool tumbang lagi, Crystal Palace terbang tinggi di Anfield
Pada Ahad, gol minit ke-14 Eberechi Eze menyaksikan Liverpool sekali lagi direbahkan The Eagles asuhan Oliver Glasner di Anfield.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
Welbeck bantu Brighton ikat Palace
Welbeck meledak menuju 10 minit ke penghujung perlawanan dalam yang berlangsung di Selhurst Park itu.
Ten Hag tiada alasan aksi buruk United
Ia rekod terburuk sejak musim 1989/90 apabila United tewas empat daripada tujuh perlawanan awal liga musim ini.
Penjaga gol Manchester United sertai Crystal Palace
Bayaran perpindahan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan bahawa Palace akan membayar United 20 juta pound termasuk tambahan.
Crystal Palace ambil keputusan pecat Vieira
Palace berkata, pencarian pengganti Vieira telah bermula dan kemas kini akan diberikan 'dalam masa terdekat'.
Manchester United, Crystal Palace didenda
Kontroversi tercetus selepas Casemiro dilayangkan kad merah kerana mengasari Will Hughes apabila kedua-dua pasukan bertelagah.
Hatrik Haaland lengkap kebangkitan Man City
Anak buah Pep Guardiola ketinggalan dua gol buat kali keempat dalam enam perlawanan EPL, tetapi bangkit untuk menewaskan Palace.
Darwin Nunez janji tidak ulangi sikap baran
Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas pertembungan getir Liverpool dengan Manchester United di Old Trafford Selasa depan.