Ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh akan menggugurkan lima daripada 38 pemain yang dipanggil selepas perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 6 Jun ini.
Beliau berkata setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 33 pemain untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2018, yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019.
Pada saingan kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Timor Leste dan Palestin dengan kedua-dua perlawanan akan diadakan masing-masing pada 11 dan 16 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Saya akan mengekalkan semua pemain tempatan yang bermain malam ini serta pemain lain daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang akan melaporkan diri selepas tugas mereka selesai pada Piala AFC," katanya.
Dollah berkata demikain kepada pemberita selepas skuad Pilihan Malaysia kalah 2-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam di sini, semalam.
Mengenai perlawanan dengan Spurs, beliau memuji anak buahnya yang menampilkan persembahan hebat pada babak pertama.
Bagaimanapun, beliau mengakui kelab tersohor itu bermain dengan bagus. Sementara itu, Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berkata beliau kagum dengan kehadiran begitu banyak peminat kelab itu di Malaysia.
"Saya harap kita dapat kembali semula ke Malaysia kerana peminat kami di sini memang hebat," katanya.
Tottenham Hotspur, yang tiba pada Selasa setelah beraksi dalam perlawanan akhir EPL mereka menentang Everton FC pada Ahad, akan berlepas ke Australia esok untuk menentang pasukan A-League, Sydney FC, di the Stadium ANZ di Sydney, Sabtu ini.
Bernama
Thu May 28 2015
DOLLAH: Saya akan kekalkan semua pemain tempatan yang menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan persahabatan semalam.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Semangat pasukan era 70-an kembali dalam Harimau Malaya - Dollah Salleh
Katanya, aksi yang diperagakan Harimau Malaya juga membawanya mengimbau kembali ke zaman kegemilangan bola sepak tanah air pada 1970-an.
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Dollah Salleh menyimpulkan punca kekalahan ialah skuad Malaysia terlalu ghairah memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12.
Piala Asia: Dion Cools, Matthew Davies pilihan Dollah sarung lilitan kapten
Ia memerlukan seorang pertahanan yang boleh mengarahkan dan berpesan kepada rakan sepasukan, kata Dollah.
Samassa, Rowley cemerlang bantu Tok Gajah benam Negeri Sembilan
Mamadou memainkan peranan penting apabila banyak menyelamatkan gawang daripada dibolosi dan Rowley hampir menjaringkan hatrik.
Dollah Salleh terlibat nahas jalan raya
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu membabitkan MPV yang dinaiki tujuh orang penumpang serta dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Isu kecederaan belenggu Sri Pahang lawan Kedah Darul Aman
Tok Gajah kehilangan khidmat Baqiuddin Shamsudin, Helmi Eliza, lebih-lebih lagi ketiadaan pengaruh Nor Azam Azih.
Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.
Kurang cergas punca Sri Pahang seri dengan Melaka FC
Kecergasan skuad Sri Pahang tidak berada pada tahap sebenar dan ia jelas terlihat pada aksi menentang Melaka United.