awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata

Bernama
Bernama
14/01/2021
20:49 MYT
FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata
Menurut FAM, Stuart (gambar) mengelak menjawab soalan wartawan berkenaan pemotongan mata supaya tidak mengeruhkan keadaan di antara KAFA dan Kelantan FC. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pasukan Liga Premier Kelantan FC tidak akan dikenakan pemotongan tiga mata pada musim ini sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam kenyataan semalam, FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.
"Malah apa yang boleh didengar dalam rakaman audio itu, Stuart telah mengelak untuk menjawab soalan berkenaan pemotongan mata itu supaya tidak mengeruhkan keadaan di antara KAFA dan Kelantan FC di peringkat domestik," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan Kelantan FC bakal berdepan pemotongan tiga mata jika KAFA gagal melangsaikan tunggakan 11 bekas pemainnya yang keseluruhan berjumlah RM187,778.92.
Perkembangan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman yang membuat kenyataan di laman rasmi Facebook miliknya mempertikaikan keputusan itu.
BACA: KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain
BACA: Tunggakan gaji pemain: Kelantan FC berdepan tindakan pemotongan mata
BACA: Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Pada masa sama, FAM turut meminta Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tidak terburu-buru dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial tanpa memeriksa ketetapan fakta dan cuba menyerang badan induk bola sepak negara itu dengan mengaitkan isu-isu berlainan.
"Perkara seperti ini boleh dielakkan daripada berlaku jika Norizam menghubungi terus Sekretariat Agung FAM untuk mendapatkan penjelasan atau pengesahan," kata FAM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemotongan mata
#potong mata
#tunggakan gaji
#bola sepak
#Kelantan
#Kelantan FC
#KAFA
#Norizam Tukiman
#stuart ramalingam
#FAM
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#Liga Premier
#bekas pemain
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan