INDIVIDU yang cuba mencemarkan nama baik Kelantan FC dengan fitnah liar dan bersifat jahat bakal berdepan tindakan undang-undang daripada pasukan.
Bahagian Perundangan Kelab The Red Warriors Kelantan FC (TRW Kelantan FC) berkata, tuduhan-tuduhan liar di media sosial oleh seorang individu berbangsa Korea yang mengaku dirinya adalah ejen kepada bekas ketua Kelantan FC bersifat fitnah dan berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi pasukan.
"Tuduhan itu bersifat berat sebelah dengan motif balas dendam untuk membela dan menutup kesalahan bekas ketua jurulatih yang telah direhatkan.
"Individu tersebut telah memuat naik di dalam media sosialnya kononnya pihak Kelantan FC tidak menyediakan penginapan yang bersesuaian dan selesa kepada bekas ketua jurulatih dengan menunjukkan gambar keadaan sinki dalam tandas yang pecah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurut kenyataan itu, bukti dalam simpanan Kelantan FC mendapati keadaan sinki yang didakwa rosak dan tidak selesa tersebut sebenarnya berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian semasa serahan penginapan dibuat.
Katanya, tuduhan pengurusan menyediakan makanan kepada pemain yang kononnya hanyalah sekadar nasi dan ayam tidak benar apabila set hidangan itu seimbang cukup dengan karbohidrat seperti nasi dan spageti, protein (ayam) dan vitamin daripada buah-buahan.
"Individu tersebut juga berulang kali menuduh Kelantan FC gagal membayar gaji pemain dan pegawai kelab telah tertunggak dua bulan.
"Hakikatnya dakwaan ini adalah dakwaan palsu di mana pihak kelab sangat komited terhadap isu gaji pemain.
"Kelab telah membuat bayaran penuh gaji kepada pemain-pemain dan tidak akan membiarkan sebarang tunggakan gaji melebihi dua bulan seperti dakwaan individu tersebut," katanya.
Bahagian Perundangan TRW Kelantan FC berkata, individu tersebut bukanlah authorized agent yang berdaftar atau mempunyai sebarang perkaitan kontrak dengan pasukan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 08 2023
Gambar dalam simpanan Kelantan FC menunjukkan sinki tandas berada dalam keadaan baik manakala pemain diberikan makanan yang seimbang. - FOTO Kelantan FC
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
KAFA tumpu pembangunan anak tempatan kembalikan kegemilangan 'The Red Warriors'
KAFA memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam kalangan anak tempatan bagi mengembalikan semula kegemilangannya.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Liga Super: Dua pasukan Kelantan dibelasah dalam satu malam
Kelantan FC tewas 1-6 kepada Kedah Darul Aman di Kota Bharu, manakala di Cheras, Kelantan United tumbang 0-3 kepada Kuala Lumpur City FC.
FAM bidas kenyataan Zamsaham
FAM membidas kenyataan yang dibuat pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.
Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC
Pasukan tersebut disertai oleh individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak dan pengurusan.
Vida sedia bersaing secara sihat dapatkan Kelantan FC
Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'.
Norizam tak terdesak jual Kelantan FC
Zamsaham menjelaskan, perlu membuat penelitian terbaik sebelum melepaskan skuad TRW kepada pemilik baharu.
Individu fitnah Kelantan FC berdepan tindakan undang-undang
Bahagian Perundangan TRW Kelantan FC berkata, individu tersebut bukanlah ejen berdaftar atau mempunyai sebarang perkaitan kontrak dengan pasukan.