PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila cemerlang merakamkan masa 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taipei American School, Taiwan, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Azeem yang sedang menuntut di luar negara meletakkan dia di kedudukan ranking ke-48 secara keseluruhan dalam Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) untuk acara 100m.

Kedudukan ranking itu akan mempengaruhi keputusan sama ada atlet tersebut layak atau tidak untuk bertanding dalam Kejohanan Trek dan Padang NCAA yang akan berlangsung di Padang Hayward, Eugene, Oregon, pada Mei depan.

Azeem yang sedang menuntut di luar negara mengharumkan nama Universiti Auburn menerusi kuartet 4x100m yang turut diperkuatkan oleh Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi berjaya menduduki ranking pertama NCAA dengan masa terpantas 38.64 saat.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro