IMPIAN Manchester City layak ke pusingan seterusnya dalam Liga-Juara-Juara Eropah lebur selepas tunduk kepada Lyon 1-3.

Lyon terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-24.

City bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Kevin de Bruyne selepas babak kedua.

Moussa Dembele namun berjaya meletakkan Lyon di depan menerusi gol pada minit ke-79.

Dia turut meledak jaringan kedua pada minit akhir permainan.

Lyon dijadual bertemu Bayern Munich Rabu ini.