awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Siti Safiyah rangka latihan sendiri

Bernama
Bernama
18/10/2020
04:03 MYT
PKPB: Siti Safiyah rangka latihan sendiri
SITI SAFIYAH: Jari saya kalau kecut sebab kurang latihan, akan senang luka dan susah untuk membuat balingan terbaik nanti, apabila kembali jalani latihan di gelanggang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Akur terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang membataskan latihan di gelanggang, jaguh tenpin boling negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman sudah membuat perancangan latihan sendiri, bagi memastikan prestasinya kekal berada di tahap terbaik.
Atlet berusia 30 tahun itu berkata, pengalaman menjalani latihan sendiri selama lebih tiga bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, menjadikan beliau lebih bersedia menjalani latihan dalam situasi sama ketika PKPB kali ini.
Menurut beliau, cabaran bagi pemain boling yang 'meninggalkan' latihan bagi tempoh yang lama pada kebiasaannya, akan mengalami kesakitan pada bahagian jari dan pergelangan tangan.
"Jari saya kalau kecut sebab kurang latihan, akan senang luka dan susah untuk membuat balingan terbaik nanti, apabila kembali jalani latihan di gelanggang. Jadi kena banyakkan menghayun bola boling semasa buat latihan di rumah.
"Maksudnya, masih ada rasa cengkaman. Itu salah satu latihan supaya pergelangan tangan tidak lembik apabila kembali di gelanggang," katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.
Skuad tenpin boling sebelum ini sudah menjalani kuarantin 14 hari bermula 27 Sept lalu, selepas peningkatan kes COVID-19 termasuk yang dikesan di venue latihan pasukan kebangsaan di pusat beli-belah Sunway Pyramid.
Mereka hanya sempat menjalani latihan sehari iaitu pada 12 Okt sebelum kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa dari 14 hingga 27 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKP
#COVID-19
#kerajaan
#jaguh tenpin boling negara
#Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman
#latihan
#sakit
#pergelangan tangan
#jari
#gelanggang
#PKPB
#boling
#jari kecut
#kurang latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan