HANOI: Pelumba basikal negara Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Wilayah Hoa Binh, kira-kira 75 kilometer (km) dari sini, hari ini.
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu menampilkan kayuhan cemerlang ketika perlumbaan berbaki 1 km untuk sampai ke garisan penamat, meninggalkan tiga pelumba lain dalam kelompok hadapan, sekali gus menyumbangkan pingat emas ke-37 negara pada temasya itu kali ini.
Raja Bukit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 berusia 25 tahun itu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 48 minit 22 saat, mengatasi pencabarnya dari Indonesia Aiman Cahya di tempat kedua dan pelumba Thailand Navuti Liphongyu di tempat ketiga.
Kedua-dua pelumba Indonesia dan Thailand itu mencatat masa yang sama dengan Muhammad Nur Aiman.
"Syukur Alhamudillah hari ini Aiman dapat membuktikan dapat pingat (emas) untuk Malaysia...syukur sangat-sangat kepada Allah SWT," katanya dalam Facebook Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Perlumbaan sejauh 162.25 km itu juga menyaksikan Akmal Hakim Zakaria mencatat masa 3:51:17 saat untuk berada pada kedudukan keenam.
Tiga lagi pelumba kebangsaan iaitu Nur Amirull Fakhruddin Marzuki berada di tempat ke-31, Muhammad Zawawi Azman (ke-32) dan Muhammad Nur Aiman Rosli di kedudukan ke-33. Ketiga-tiga pelumba berkenaan mencatat masa 4:04:48s.
Ketua jurulatih berbasikal lebuh raya negara Datuk Ng Joo Ngan ternyata sangat gembira dengan percaturan skuad negara, yang terdiri daripada kombinasi dua pasukan profesional terkemuka Malaysia - TSG dan Sapura Cycling Team (TSC), sehingga berjaya mengungguli perlumbaan tersebut.
"Pelumba kami beraksi cemerlang. Terima kasih Mr President (Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abdul Wahab). Anda membawa saya kembali sebagai jurulatih di sini dan saya memberi mereka nasihat yang baik dan saya harap mereka akan terus mempamerkan prestasi yang baik," katanya dalam laman sosial PKBM itu.
Selepas meraih 13 emas, 10 perak dan tiga gangsa dalam acara berbasikal pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad negara hanya membawa pulang satu gangsa menerusi Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff dalam BMX (freestyle flat land lelaki) daripada 13 emas ditawarkan dalam sukan itu di Filipina.
Susulan itu, PKBM memutuskan untuk mendapatkan semula khidmat bekas jurulatih dan atlet kebangsaan Joo Ngan, yang pernah membimbing bekas atlet Olimpik M.Kumaresan bagi mengatur strategi kemenangan di Hanoi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Pelumba basikal lelaki negara Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff berjaya memenangi emas dalam acara lebuhraya lelaki pada Sukan SEA ke-31, Hanoi hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.
TSG tampil tiga muka baharu harungi cabaran musim 2024
Mereka terdiri daripada dua pelumba import iaitu Andreas Miltiadas dan Merhawi Kudus Ghebrenedhin dan seorang pelumba tempatan, Nur Aiman.
Lupakan Sukan Asia, tumpuan Shah Firdaus Sahrom beralih kepada Paris 2024
Kini, dia hanya ingin memfokuskan persiapan menjelang saingan Sukan Olimpik Paris yang diklasifikasikan lebih mencabar.
Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.
LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.
Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.
Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Norza berkata, selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlangannya di pentas antarabangsa.
LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.
Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.