PETALING JAYA: Biarpun kurang bermain dalam perlawanan yang kompetitif, Turkmenistan yang memulakan kempennya pada kelayakan Piala Asia 2023 hari ini, menyasarkan untuk layak ke pusingan akhir.
Ketua Jurulatihnya Yazguly Hojageldiyev berkata ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat skuad "The Green" untuk menyertai Piala Asia selepas berjaya layak dalam edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Biarpun bakal berhadapan tentangan sengit daripada pasukan pilihan Bahrain dan Malaysia yang mempunyai kelebihan selaku tuan rumah, Hojageldiyev kekal optimis untuk memastikan pasukannya mengatasi halangan dalam Kumpulan E pada kempen kelayakan kali ini.
"Ia satu penghormatan untuk berada di sini dan kami mahu melepasi kumpulan ini dan sudah tentu perlawanan pertama adalah amat sukar biarpun dalam mana-mana pertandingan tetapi kami mahu layak dari sini," katanya dalam satu sidang media praperlawanan di sini semalam.
Turkmenistan tewas 0-1 kepada Thailand bulan lepas dalam perlawanan kompetitif sulungnya sejak Jun 2021 sementara Malaysia mencatat tiga kemenangan daripada empat perlawanan tahun ini dan terbaharu kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong di Stadium Nasional.
Turkmenistan akan memulakan kempen mereka menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini sebelum bertemu Bangladesh (11 Jun) dan Bahrain pada 14 Jun dalam usahanya muncul juara atau lima naib juara teratas sebelum mengesahkan satu slot ke Piala Asia.
Mengulas mengenai perlawanan menentang Malaysia, Hojageldiyev berkata beliau tidak menilai dari kekuatan pasukan lawan daripada persepktif kedudukan ranking walaupun Turkmenistan berada pada ranking ke-134 dunia berbanding Harimau Malaysia di kedudukan ke-154.
Bahkan, beliau menggambarkan Malaysia kini mempunyai corak serangan yang lebih baik.
Sementara itu, beliau berkata pasukannya perlu mencari jalan mengatasi kesuntukan masa kerana jadual perlawanan yang mengehadkan peluang mereka untuk mengadakan sesi latihan.
"Ia adalah sukar untuk setiap individu di sini, bukan hanya kerana masa rehat tetapi juga masa berlatih. Kami perlu menyelesaikan isu ini, perlawanan akan menjadi sukar kerana perlawanan pertama kami pada pukul 9 malam dan perlawanan seterusnya pada sebelah petang, jadi kita lihat apa yang akan berlaku," katanya.
Pada masa sama, penjaga gol Mammet Orazmuhammedov berkata motivasi terbesar pasukan itu ialah untuk layak ke Piala Asia 2023 dan yakin rakan sepasukannya akan mempersembahkan aksi positif untuk memperoleh sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Yazguly Hojageldiyev (kiri) bercakap pada sidang media Perlawanan Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Subang Jaya, 7 Jun 2022. Turut hadir, pemain Turkmenistan Mammet Orazmuhammedov. -- fotoBERNAMA
Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
AWANI Ringkas: Belasungkawa | Isu kasino Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN terakhir lancar manifesto, kemuka lima tawaran
Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi lima tawaran.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
AWANI 7:45 [06/05/2024] – Tiada kaitan 'bookie' | perlu setimpal pengiktirafan | Rela berhenti daripada lama di pejabat
- Kes Akhyar, Faisal Halim tiada kaitan bookie, polis minta jangan reka cerita.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
Geran RM149.1 juta telah diberikan kepada PKS galakkan adaptasi teknologi baharu - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memberikan geran berjumlah RM149.1 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk tujuan adaptasi teknologi industri baharu. Jelasnya, ini sekaligus menafikan dakwaan yang menyatakan pihak Kementerian hanya memberi tumpuan kepada syarikat korporat besar dan mengabaikan PKS.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata 81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan. Jelasnya, angka ini sangat membanggakan bagi sebuah agensi yang baru ditubuhkan sejak Januari lalu.
Malaysia sasar 22.6 peratus KDNK disumbangkan ekonomi digital menjelang 2025 - Menteri MITI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025. Jelasnya, ini merupakan sebahagian daripada strategi kementerian untuk memperkasakan sektor ekonomi selain daripada elektrik dan elektronik (E&E).
Pan Gon persoal keupayaan pemain Harimau Malaya menang tipis dengan Turkmenistan
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon mempersoalkan keupayaan pemainnya dalam mengekalkan prestasi optimum selepas Malaysia menang tipis dengan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa.
Jaringan Akhyar bantu Harimau Malaya kalahkan Turkmenistan
Gol tunggal Malaysia terhasil pada minit ke-29 apabila pemain sayap lincah, Mohd Akhyar Rashid menjaringkan gol cantik menewaskan penjaga gol lawan.
Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong di Stadium JDT
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Turkmenistan pada 23 Mac dan Hong Kong (28 Mac) dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.
Segalanya menjadi berdepan Turkmenistan - Faisal Halim
Mohamad Faizal berkata, pasukan negara turut berjaya mendominasi permainan dari awal sehingga ke wisel penamat.
Malaysia mula langkah kanan, bergaya 'baham' Turkmenistan
Malaysia memulakan saingan Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila mudah membenam pasukan di ranking ke-134 dunia, Turkmenistan dengan tiga jaringan berbalas satu.
PM beri kata semangat kepada Harimau Malaya
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang menentang pasukan Turkmenistan dalam pusingan kelayakan Piala Asia malam ini.
'Harimau' dari Melaka turun Bukit Jalil demi Malaysia
Batiar Mamat dan keluarga, dari Melaka, hadir ke stadium seawal jam 5.30 petang dan menariknya, anaknya turut membawa replika Harimau Malaya.
Turkmenistan sasar layak ke Piala Asia buat kali kedua berturut-turut
Yazguly Hojageldiyev berkata ia pengiktirafan tertinggi buat skuad "The Green" untuk menyertai Piala Asia.
Kelayakan Piala Asia: Malaysia berdepan Bahrain, Turkmenistan
Skuad Harimau Malaya perlu menghadapi pasukan ke-89 dunia Bahrain dan Turkmenistan (134) bagi menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.
Turkmenistan bebas COVID-19, nafi dakwaan sorok data rasmi
Turkmenistan pada Rabu menafikan dakwaan berhubung kerajaannya menyembunyikan data rasmi kes jangkitan COVID-19.