KESATUAN Bola Sepak Eropah (UEFA) menghukum Fenerbahce dengan penutupan sebahagian daripada stadium selepas peminat melaungkan nama Presiden Rusia, Vladimir Putin, ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) menentang kelab Ukraine, Dynamo Kyiv.
Rusia menceroboh Ukraine sejak Februari lalu dan peperangan telah menyebabkan beribu-ribu kematian sementara berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.
Laungan itu bermula selepas Oleksandr Karavayev menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Ukraine berkenaan dalam perlawanan kedua di Istanbul untuk menang dengan agregat 2-1, minggu lalu.
Ia mendorong pengurus Dynamo, Mircea Lucescu, memboikot sidang akhbar selepas perlawanan hingga UEFA bertindak menghukum tingkah laku peminat Fenerbahce.
Kelab itu turut didenda €50,000 (RM226,720) selain penutupan sekurang-kurangnya 5,000 tempat duduk untuk kempen Eropah di tempat sendiri yang seterusnya yang berpunca daripada kesalahan yang ditakrifkan sebagai "melempar objek dan menghantar mesej provokatif yang bersifat menyinggung perasaan, iaitu nyanyian terlarang." - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Aug 06 2022
Laungan itu bermula selepas Oleksandr Karavayev menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Ukraine berkenaan dalam perlawanan kedua di Istanbul. - Stadium Astro
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Manchester United tolak Liga Super Eropah
Manchester United berikrar melunaskan komitmen mereka dalam pertandingan anjuran Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Isu pemilikan dua kelab boleh sebabkan Manchester United dihalang sertai Liga Juara-Juara 2024/25
Ia berikutan keterlibatan Sir Jim Ratcliffe yang dilaporkan akan membeli 25 peratus kepentingan dalam Manchester United.
Dwistandard: UEFA, FIFA berdiam diri dalam serangan Israel ke atas Gaza
UEFA dan FIFA masing-masing belum mengeluarkan kenyataan mengutuk atau mengenakan hukuman ke atas Tel Aviv.
UK, Ireland sah penganjur bersama Euro 2028
10 stadium daripada lima negara itu akan menganjurkan perlawanan tertinggi peringkat Eropah.
UEFA denda Barcelona, Manchester United
Peraturan FFP yang diperkenalkan pada 2010 telah membenarkan kelab melaporkan kerugian tidak lebih daripada "30 juta dalam tempoh tiga tahun.
UEFA rangka final Liga Juara-Juara lebih tersusun di Wembley
FA dan UEFA berdepan tekanan besar untuk menjayakan perlawanan itu berikutan masalah yang timbul dalam dua final terakhir.
UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.
Arab Saudi buat kesilapan besar beli bintang bola sepak Eropah - Presiden UEFA
"Membeli pemain yang sudah menghampiri pengakhiran karier mereka bukanlah sistem yang mengembangkan bola sepak."
UEL: Jose Mourinho didakwa UEFA gara-gara kritik pengadil
EPL menyifatkan apa yang dilalui pegawai berkenaan sebagai sesuatu yang "mengejutkan dan tidak dapat diterima."
UEFA bakal laksana gaji siling
UEFA bakal laksana gaji siling