Sana-sini masih kecoh memperkatakan tentang kekalahan Harimau Malaya di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Asia 2019 dan Piala Dunia 2018, minggu lalu.

Dan apabila seorang pengamal perubatan Islam dikatakan membuat kenyataan dalam sebuah akhbar yang menyalahkan makhluk halus sebagai punca kekalahan, ramai yang geleng kepala.

Hakikatnya, kenyataan tersebut telah disalah erti pihak-pihak tertentu. Ini disahkan sendiri oleh empunya badan yang memberi kenyataan tersebut, Datuk Shamsuri Shafie di laman Facebook.

Facebook Shamsuri Shafie
Penjelasan Shamsuri di laman Facebook.
Kata Shamsuri, beliau hanya memberi pandangan berkenaan amalan penggunaan jampi serapah, mentera dan pendamping seperti yang diamalkan masyarakat dahulu kala. Tajuk yang digunakan dalam artikel berkenaan bukanlah satu kenyataan yang dikeluarkannya.

Laporan sebuah akhbar dua hari lepas menyebut Shamsuri tidak menolak unsur penggunaan makhluk halus sebagai penyebab kekalahan 0-10 kepada UAE.