AGODA menyenaraikan Miri, Sarawak sebagai beberapa destinasi alam semula jadi yang paling digemari di Asia, berdasarkan data carian yang dibuat pada Januari 2024 sempena pelancaran Eco Deals 2024.
Menurut platform pelancongan digital itu, Eco Deals 2024 merupakan kerjasama bernilai AS$1 juta antara Agoda dengan World Wide Fund for Nature (WWF).
Selain Miri, katanya, lapan lagi destinasi yang tersenarai termasuk, Ooty, India; Lombok, Indonesia; Hakone, Jepun; Siquijor Island, Filipina; Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan; Hualien, Taiwan; Khao Yai, Thailand dan Dalat, Vietnam.
Naib Presiden Asia Tenggara Agoda, Enric Casals berkata, beliau berasa amat bangga dan teruja bahawa dengan edisi ketiga program Eco Deals itu, pihaknya berjanji untuk menyumbangkan sehingga AS$1 juta kepada projek-projek pemuliharaan WWF di seluruh Asia Tenggara.
"Program Eco Deals dapat membantu para pelancong untuk memberi sumbangan mereka bagi melindungi keindahan alam semula jadi agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang," katanya.
Menurut Agoda, Miri merupakan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu yang disenaraikan oleh UNESCO.
Katanya, Taman Negara tersebut adalah sebuah kawasan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar dan mempunyai gua yang luas termasuk Sarawak Chamber, ruang gua terbesar di dunia mengikut keluasannya.
"Di sini, para pelawat boleh menerokai pembentukan kars, mendaki gunung api untuk melihat pemandangan yang menakjubkan di puncaknya, dan menyaksikan penghijrahan kelawar di Gua Rusa, melalui denai hutan yang mencabar dan juga menaiki bot," katanya.
Tambahnya, sejak pelancarannya pada 3 Mac 2024 yang turut jatuh pada Hari Hidupan Liar Sedunia, pelancong ke Asia Tenggara boleh menempah Eco Deals di Agoda.
Katanya, bagi setiap tempahan Eco Deals, AS$1 akan didermakan kepada projek-projek pemuliharaan World Wide Fund for Nature (WWF) untuk melindungi hidupan liar dan memulihara habitat kritikal di Asia Tenggara.
"Di samping itu, pelancong juga boleh menikmati diskaun sehingga 15%," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sun Mar 10 2024
Menurut Agoda, Miri merupakan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu yang disenaraikan oleh UNESCO. -Dagang News
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Miri tersenarai dalam 9 destinasi alam semula jadi paling popular di Asia
Menurut Agoda, Miri merupakan pintu masuk ke Taman Negara Gunung Mulu yang disenaraikan oleh UNESCO.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Pembinaan lebih 100km jalan hubungkan Miri ke Long Terawan dijangka bermula tahun depan - Abang Jo
Pembinaan jalan lebih 100 Kilometer menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula tahun depan.
Kerani wanita di Miri rugi RM60,000 akibat penipuan tawaran kerja
Seorang kerani wanita rakyat tempatan di Miri, bahagian utara Sarawak mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat kes penipuan tawaran kerja sambilan dari aplikasi 'Asia Shopping'.
Pembakaran terbuka punca kualiti IPU bertambah buruk - JAS
Tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang melakukan pembakaran terbuka menyebabkan kualiti indeks pencemaran udara (IPU) bertambah buruk.
Lawatan Agong, Permaisuri iktiraf kraf tangan dan warisan Sarawak
Lawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Pusat Kraftangan Miri dan Coco Cabana memberi pengiktirafan kepada kraf tangan Bumi Kenyalang.
MYAirline kini ke Miri, destinasi ketiga di Bumi Kenyalang
Pemilihan Miri sebagai destinasi terbaharu bagi syarikat itu adalah disebabkan daerah itu mempunyai daya tarikan pelancongan yang besar dan menarik selain kekuatan dari segi sektor ekonomi.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal
Setakat pagi ini, dua PPS masih dibuka melibatkan daerah Subis di bahagian Miri.
681 PoP akan dibina di Sarawak dalam masa tiga tahun - Annuar Musa
Sejumlah 681 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP) akan dibina di Sarawak dalam masa tiga tahun.
Sarawak agih 1,328 pek makanan, bantuan mangsa banjir di Miri
Daerah Marudi mencatatkan kawasan paling teruk terjejas banjir melibatkan tujuh buah sekolah dan 18 kawasan.