Kempen serangan udara Israel yang masuk hari ke-7 hari ini telah meragut nyawa lebih 186 nyawa, satu angka yang lebih besar berbanding jumlah 177 yang direkodkan dalam keganasan di Gaza pada November 2012.

Pengguna media sosial terutamanya Twitter menggunakan beberapa hashtag termasuk #PrayForGaza dan #GazaUnderAttack bagi menyuarakan bantahan dan melancarkan perang siber disebabkan kekejaman Israel yang terus membantai orang awam tanpa belas kasihan.

Tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel juga mula dihidupkan oleh pengguna media sosial dunia dan dilihat boleh memberikan kesan positif jika ia terus dibuat secara besar-besaran.

Paling menarik adalah idea ‘memboikot’ segala persiapan dan belanja kelengkapan yang tidak munasabah bagi menyambut 1 Syawal.

Lebih prihatin, warga media sosial berpendapat, ada baiknya jika bajet perbelanjaan lebaran tahun ini disalurkan kepada tabung bantuan Palestin - Gaza bagi membantu mangsa penindasan dan kezaliman zionis Israel.

pendapat diambil dari Facebook Rizal Rahim

pendapat diambil dari facebook Jairi Johari

pendapat diambil dari facebook FidOo DidOo