
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sat Dec 05 2020

PH Johor ambil sikap tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun
Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis Pengerusi PH Johor. Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian berhubung kemungkinan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor membalas dendam terhadap Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad dari UMNO.
Sat Dec 05 2020

Rakyat kini melihat kepentingan keabsahan sesebuah kerajaan - Salahuddin Ayub
Salahuddin berpendapat rakyat kini melihat adakah sesebuah kerajaan itu baik di peringkat Persekutuan atau Negeri memiliki keabsahan atau tidak.
Sat Dec 05 2020

PH Johor ambil sikap tunggu dan lihat perkembangan sidang DUN
Majlis Pengerusi PH Johor, berkata mereka berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh Adun Bersatu pada Ahad akan diteliti dengan mengambil kira kepentingan rakyat
Sat Dec 05 2020

PEMAS sokong cadangan potong gaji, mohon longgarkan syarat bekerja
Persatuan Pekerja Malaysia-Singapura PEMAS Negeri Johor turut menyokong pandangan bekas Menteri Besar Datuk Osman sapian supaya pemotongan gaji dilakukan kepada Menteri Besar, wakil rakyat dan DUN di negeri itu. Tambahnya, ini perlu dipertimbangkan untuk membantu rakyat yang kini dalam kesempitan.
Thu Nov 19 2020

Syor potong gaji Menteri Besar Johor, exco untuk bantu rakyat
ADUN Kempas Datuk Osman Sapian mencadangkan agar gaji Menteri Besar Johor dan barisan exco dipotong sehingga 10 peratus sebagai langkah penjimatan ketika negara berdepan penularan COVID-19. Menurut beliau hasil pemotongan itu boleh disalurkan untuk pelbagai kegunaan antaranya Tabung Bencana Negeri.
Thu Nov 19 2020

Henti provokasi politik - Osman Sapian
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian menegaskan provokasi yang timbul dalam politik khususnya membabitkan Perikatan Nasional perlu dihentikan.
Sun Sep 13 2020

PM Muhyiddin ada nasihati saya - Osman Sapian
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menasihati bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berhubung tindak tanduknya sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini.
Sun Sep 13 2020

Isu babitkan Osman Sapian masih disiasat - Hamzah Zainuddin
Satu siasatan sedang dijalankan berhubung isu bekas menteri besar Johor, Osman Sapian yang hadir ke acara yang dianjurkan parti Pejuang.
Tue Sep 08 2020

Status Osman Sapian: DUN Johor belum dimaklumkan - Speaker
Status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum dimaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat.
Fri Sep 04 2020

Saya masih sokong kerajaan, masih lagi ahli Bersatu - Osman Sapian
"Saya masih ahli Bersatu, dan saya juga tidak pernah menerima apa-apa surat berkaitan pelucutan ahli saya dari parti. Demikian reaksi ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Fri Sep 04 2020

Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
Fri Sep 04 2020

Saya masih ahli Bersatu, sokong PN - Osman Sapian
Demikian reaksi ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian ketika dihubungi Astro AWANI, pada Jumaat.
Fri Sep 04 2020

Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian
Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu perlu menyiasat dan memanggil Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum membuat sebarang keputusan.
Thu Sep 03 2020

Slim Memilih: Bersatu Johor tiada kuasa ambil tindakan ke atas Osman Sapian
Tular video yang menunjukkan Osman sedang berucap berkempen menyokong calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika PRK DUN Slim.
Sun Aug 30 2020

Kepimpinan Muhyiddin sepatutnya diteladani orang bawahan - Penganalisis politik
Sepatutnya corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin menjadi ikutan orang-orang di bawahnya, membantu mengekalkan standard kerajaan PN.
Mon Mar 01 2021

Laporan Khas | Pasir, pembangunan atau kemusnahan?
Dalam siri satu, kami melihat insiden tanah runtuh di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas 17 Februari lalu yang didakwa ada kaitan dengan aktiviti mengorek pasir. Kesannya ada.. Namun setakat mana runtuhan yang berlaku benar-benar berpunca daripada aktiviti ini? Benarkah pemegang lesen tidak patuh syarat yang ditetapkan? Ikuti siri dua pasir untuk pembangunan atau kemusnahan?
Mon Mar 01 2021

Politik | Wawasan 2020 gagal kerana perubahan dasar kepimpinan negara
Kegagalan kepimpinan negara meneruskan dasar pembangunan yang telah ditetapkan merupakan faktor menyebabkan negara gagal untuk mencapai matlamat dalam Wawasan 2020.
Mon Mar 01 2021

Kecantikan | JSD Holdings bangkit lebih berdaya saing
Di sebalik berdepan ketidaktentuan ekonomi suslan pandemik COVID-19, JSD Holdings Sdn Bhd masih mampu mencatatkan keuntungan dengan menukar strategi perniagaan dan operasinya.
Mon Mar 01 2021

Hidupan Liar | Perlindungan Hidupan Liar Bakal di bawa ke NPC-13
Laporan penguatkuasaan undang-undang perlindungan hidupan liar dan malum balas awam antara yang menjadi perbincangan dalam mesyuarat pleno, Sidang ke-26 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13. Antara yang disentuh adalah larangan perdagangan haram dan menghapuskan penggunaan hidupan liar secara menyeluruh.
Mon Mar 01 2021
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,828 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,828 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893045/8967789641614601883749_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 1,828 kes harian baharu dilaporkan
Sebanyak 1,828 jangkitan baharu COVID-10 direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam. Sementara Johor pula menjadi negeri paling banyak merekodkan jangkitan positif iaitu sebanyak 490 kes diikuti Selangor (453) dan Sarawak (220). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes di negara kini ialah 302,580 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 25,542 kes.
Mon Mar 01 2021

Penerokaan Angkasa | China Mula R&D Roket Pembawa Muatan 100 Tan
China kini memasuki fasa penilaian akhir bagi membangunkan sebuah roket pengangkut dengan kapasiti 100 tan bagi menggantikan roket Long March yang hanya mampu mengangkut 25 tan bahan ke angakasa lepas.
Mon Mar 01 2021

Aktiviti sukan dan rekreasi kini dibenarkan di Sarawak
Sarawak membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi diadakan namun tertakluk kepada mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Mon Mar 01 2021

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 01 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Mon Mar 01 2021

Sarawak sedia beli vaksin COVID-19 jika perlu
Kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk membeli vaksin COVID-19 sekiranya terdapat keperluan bagi meningkatkan kapasiti program imunisasi di negeri itu.
Mon Mar 01 2021