Skip to main content
Advertisement
Inovasi UMPSA: OUDINO, teknologi inokulan percepat pembentukan resin gaharu

Inovasi UMPSA: OUDINO, teknologi inokulan percepat pembentukan resin gaharu

Industri gaharu berpotensi diperkasakan menerusi OUDINO, inovasi penyelidikan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menggunakan teknologi inokulan bagi mempercepatkan proses pembentukan resin gaharu pada pokok karas.

Teknologi ini menawarkan pendekatan lebih terkawal dan sistematik berbanding proses semula jadi yang mengambil masa panjang, sekali gus membuka peluang meningkatkan produktiviti serta nilai ekonomi industri gaharu tempatan.