Kerajaan pertimbang pendekkan tempoh bayaran GLC, GLIC - Fahmi
Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri meneliti cadangan KUSKOP untuk memendekkan tempoh bayaran oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada vendor tempatan.
Beliau berkata langkah itu bertujuan memperbaiki pengurusan aliran tunai syarikat vendor dan masih dalam pertimbangan kerajaan.