[TERKINI] Agong imbau tragedi 13 Mei, seru rakyat pertahankan perpaduan
Yang di-Pertuan Agong mengingatkan rakyat agar tidak melupakan sejarah hitam negara iaitu peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak bertindak keterlaluan dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini.
Sultan Ibrahim bertitah, perpaduan merupakan asas kekuatan negara dan perlu terus dipelihara bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum serta kestabilan negara.