Isu beras: Kerajaan harus tidak dalam sindrom penafian - Ronald
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee meminta kerajaan menyiasat mengapa berlaku isu kekurangan beras tempatan di pasaran tempatan. Tambahnya adakah ia disebabkan oleh manipulasi untuk kaut keuntungan atau ada pihak kilang yang enggan memproses padi tempatan untuk dijual sebagai beras tempatan kerana memproses beras dari luar lebih menguntungkan.