Tangisan dan linangan air mata mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu hari ini mengiringi tazkirah disampaikan penceramah terkenal, Kamarudin Abdullah bertajuk 'Palu : Penyembuhan Semangat dan Emosi', di pusat pemindahan mangsa (Posko) di Kabonena, di sini.
Tazkirah khas bagi memberi motivasi kepada penghuni pusat itu gagal membendung kesedihan apabila suasana sayu jelas terpapar di wajah mereka sebaik Kamarudin, anak didik pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik, memulakan ceramah.
"Palu, bangkitlah, Malaysia bersama anda, saat anda sakit, kami saudara anda di Malaysia, sakit bersama, bangkit kerana ini adalah ujianNya, ayuh kembalikan semangat kita untuk terus melangkah dalam kehidupan," katanya di awal ceramah yang diadakan di bawah kanpi khas di pusat itu.
Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) itu yang turut terkesan kesedihan menyampaikan tazkirah kira-kira 10 minit yang memperlihatkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa.
Kamarudin, Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2018 adalah antara 40 sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang kini berada di bumi Indonesia bagi menjalankan misi kemanusiaan membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu.
Ketika ditemui, Kamarudin berkata, penduduk Palu kini trauma dan terganggu emosi berikutan kehilangan nyawa anggota keluarga dan harta benda berikutan tragedi itu.
"Bencana yang dialami sangat dahsyat dan kita sebagai saudara, berada di sini untuk membantu mereka bangkit, kita akan pulang ke Malaysia selepas ini, adalah penting untuk kita meninggalkan mereka di sini dengan bekalan semangat baharu," katanya.
Seorang mangsa, Siti Halimah, 47, berkata dia begitu sedih mendengar tazkirah itu kerana terkenangkan dua anak lelakinya yang maut dalam tragedi 28 Sept lalu.
"Apabila penceramah (Kamarudin) meminta kami agar bangkit, saya seolah-olah buntu, tidak tahu bagaimana mahu bangkit di saat dua sumber kekuatan saya itu (dua anak lelaki) kini sudah tiada lagi," kata ibu tunggal itu.
Gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan.
Susulan bencana itu, mereka yang ingin menderma kepada mangsa tragedi di Palu boleh layari laman sesawang www.rayuansulawesi.com untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
KAMARUDIN: Malaysia bersama anda, saat anda sakit, kami saudara anda di Malaysia, sakit bersama. - Foto: facebook Kamarudin Abdullah
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam
Haiwan akuatik itu dikesan terdampar antara Margate Winter Gardens dan Lido di Pantai Margate pada Isnin.
ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.
Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa
Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.
Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.
BigBen JKR diarah beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari - Nanta
Operasi membabitkan seluruh staf Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR dengan empat pelaporan situasi semasa setiap hari.
Pasca letusan Gunung Berapi Semeru cetuskan banjir lahar sejuk
Gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Disember dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.
Penduduk sifatkan banjir di Bukit Tinggi terburuk dalam tempoh dua tahun
Pertama kali berlaku banjir pada tahun lepas, manakala kejadian kedua pada tahun ini dan kali ini yang ketiga.