Pihak berkuasa Thailand mengarahkan pantai Maya Bay, di pulau Phi Phi yang terletak di Laut Andaman, ditutup sementara untuk empat bulan.

Arahan dibuat bagi menghentikan pencemaran yang berpunca daripada pelancong.

Pantai Maya Bay, yang popular kerana jadi lokasi penggambaran filem 'The Beach' lakonan Leornardo DiCaprio tidak lagi menerima pelancong bermula Jun ini.

Penutupan bagi membolehkan pemulihan terumbu karang di pulau itu dan kehidupan laut.

Keputusan itu dibuat Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Thailand.

Semua taman marin dan taman negara Thailand ditutup dari pertengahan Mei sehingga pertengahan Oktober.

Bagaimanapun, atas permintaan tinggi dari pelancong, pantai Maya Bay kekal dibuka sepanjang tahun.

Pantai berkenaan jadi tumpuan pelancong, sejak ia dipaparkan dalam filem 'The Beach' yang diarahkan Danny Boyle, berdasarkan novel tulisan Alex Garland.