Pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Howard Schultz berkata beliau sedang melakukan persediaan untuk bertanding menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-46.
Schultz bagaimanapun tidak mahu terikat dengan mana-mana parti dan merancang untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Jutawan yang mempunyai nilai kekayaan AS$3.3 bilion (RM13.76 bil) itu memberitahu akhbar The New York Times bahawa beliau akan menjelajah seluruh Amerika untuk mempromosi buku terbarunya, sebelum membuat keputusan muktamad sama ada mahu menjadi calon dalam Pilihan Raya Presiden 2020 kelak.
“Sistem politik Amerika kini sudah rosak, dengan kedua-dua parti (Demokrat dan Republikan) hanya mahu memelihara ideologi masing-masing tanpa mengiktiraf tanggungjawab mereka untuk mewakili kepentingan rakyat Amerika,” katanya dalam satu temu bual bersama The New York Times.
Schultz berkata parti Republikan kini sudah terlampau berhaluan kanan manakala Demokrat pula sudah terlampau berhaluan kiri.
Calon Bebas tidak mempunyai rekod begitu baik dalam sejarah Pilihan Raya Presiden AS.
Tiada calon Bebas pernah mencatatkan kemenangan, manakala calon Bebas yang mengumpul undi terbanyak adalah jutawan Texas, Ross Perot yang memperoleh undi popular sebanyak 19 peratus pada 1992.
Walaupun berstatus jutawan, Schultz dijangka akan turut mencari sumbangan untuk membiayai kempennya, yang dijangka mengumpul kos melebihi AS$1 bilion (RM4.3 bil).
Luqman Hariz
Mon Jan 28 2019
Howard Schultz berkata kedua-dua parti Demokrat dan Republikan sudah terpesong daripada perjuangan asal untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. - Gambar fail Reuters
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
Tukang masak peribadi Barack Obama ditemukan lemas
Mendiang Campbell meninggalkan seorang isteri, Sherise dan sepasang anak kembar.
Kes 1MDB: Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta bagi membantu kempen pemilihan semula Barack Obama.
Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.
Pemimpin, selebriti dan peminat bola sepak dunia ratapi pemergian Pele
Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas bertarung dengan kanser kolon.
Obama, Michelle kembali ke White House untuk lancar potret rasmi
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri Michelle Obama kembali ke Rumah Putih untuk melancarkan potret rasmi mereka.
Obama umum positif COVID-19
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan isterinya Bekas Wanita Pertama Michelle negatif jangkitan itu setakat ini.
Pertembungan generasi tua dan muda sebenarnya cetuskan cabaran berbahaya - Obama
Masih ramai golongan berusia yang berada di takuk lama termasuk cara kepimpinan dan pemikiran
Sisi luka perang di Afghanistan tinggalan Amerika
Sorotan kesan misi hampir dua dekad tentera Amerika Syarikat di Afghanistan ke atas generasi kanak-kanak, yang paling terdera disebabkan perang. Nasib mereka terus tidak menentu di tangan Taliban
Ekonomi dunia: China tidak akan lepasi AS sebagai pemimpin global - Biden
Biden berjanji akan membuat pelaburan besar bagi memastikan negara Uncle Sam itu menang dalam persaingan membabitkan dua gergasi ekonomi dunia itu.