BINTANG realiti TV, Kim Kardashian dan suami Kanye West umum timang bayi ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada Selasa.

Pasangan itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau lokasi bayi itu dilahirkan.

Kim dan Kanye sebelum ini sudah mempunyai dua cahaya mata, North West dan Saint West.

"Kami gembira untuk mengumumkan kelahiran bayi ketiga kami, terima kasih kepada ibu tumpang yang membuatkan impian kami jadi nyata.

"Ini adalah hadiah terindah," umum Kim menerusi aplikasi telefonnya.

Pasangan itu mengesahkan September lalu menanti kehadiran cahaya mata ketiga menerusi kaedah ibu tumpang.

Kisah Kim mahu mendapatkan anak turut dipaparkan dalam siri TV "Keeping Up with The Kardashians".

Bintang itu berdepan beberapa kesukaran, kerana didiagnos dengan komplikasi plasenta yang boleh mengancam nyawa.