Polis Diraja Malaysia Selangor mengambil tindakan ke atas 58 anggotanya kerana dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Blue Devil yang dilaksanakan sejak Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu untuk mendakwa anggota terlibat di mahkamah.
"Buat masa ini kita telah mendakwa lima anggota kami yang didapati positif dadah melalui Ops Blue Devil ini," katanya dalam sidang media mengenai pencapaian Polis Selangor sepanjang 2019 dan Perancangan Polis Selangor bagi 2020 di sini, hari ini.
Noor Azam berkata sepanjang tahun lepas juga, seramai 62 anggota kontinjen itu dibuang kerja dan diturunkan pangkat mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, manakala 115 orang anggota di ambil tindakan di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 19,810 kes indeks jenayah dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 21,338 kes pada 2018 dan 12,232 kes berjaya diselesaikan.
Katanya lagi, bagi mengekang jenayah perjudian, maksiat dan gangsterisme sepanjang tahun lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor menjalankan 4,560 serbuan menerusi Ops Dadu; 1,434 serbuan dalam Ops Noda dan 417 serbuan melalui Ops Cantas.
Seramai 439 suspek telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sepanjang 2019, katanya.
Pada masa sama, Noor Azam memaklumkan bahawa tahun 2019 merekodkan kejayaan yang besar bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor apabila beberapa serbuan dijalankan membawa kepada penemuan jumlah dadah yang besar.
Katanya, antara kejayaan terbesar Jabatan Narkotik Selangor tahun lepas adalah penemuan dadah jenis kokain seberat 3.2 tan dan 500 kilogram (kg) ketamin dianggarkan bernilai RM676 juta di Shah Alam pada 19 Ogos yang membawa kepada penahanan 13 suspek.
"Selain itu, polis juga menemukan 52 kg dadah psikoaktif baharu (NPS) jenis "magic mushroom" bernilai RM2.2 Juta di Hulu Selangor pada 26 Nov lepas. Sembilan suspek telah ditahan dalam kes berkenaan.
"Polis juga melakukan serbuan ke atas empat makmal dadah di sekitar Selangor yang menghasilkan jumlah rampasan bernilai RM15.9 juta dengan tujuh suspek telah ditahan," katanya.
Bagi menghadapi cabaran tahun ini, Noor Azam berkata pihaknya merangka kaedah pencegahan yang lebih holistik bagi membanteras aktiviti jenayah terutama melibatkan jenayah sindiket.
Kata beliau, pada tahun ini, pihaknya akan memperkasakan skop siasatan POCA dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap sindiket jenayah terancang.
"Pemerkasaan skop siasatan itu akan melibatkan sindiket perjudian, maksiat, curi pasir dan sindiket penyeludupan hidupan liar yang dilindungi termasuklah sindiket penjualan organ haiwan terancam di pasaran gelap disyaki didalangi penjenayah antarabangsa dan jenayah rentas sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020
NOOR AZAM: Buat masa ini kita telah mendakwa lima anggota kami yang didapati positif dadah melalui Ops Blue Devil ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Polis belum dapat sahkan pemilik bagasi berisi RM500,000 - KP Selangor
Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat.
Anggota polis antara 4 dituduh culik wartawan Bangladesh
Dua orang awam yang dituduh merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh.
Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom
Beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilaporkan menerima ancaman bom pada Selasa.
Tiga anggota polis antara ditahan disyaki kurung dan peras ugut lelaki warga asing
Polis menahan tiga anggotanya pada Jumaat lepas kerana disyaki memeras ugut dan mengurung seorang lelaki warga asing.
Sarjan didakwa kes khalwat bakal berdepan tindakan disiplin
Anggota polis berpangkat sarjan yang didakwa terbabit dalam kes khalwat akan dikenakan tindakan disiplin, jika didapati bersalah.
Polis sahkan iklan guna nama, gambar bekas Mufti Selangor palsu
Mohd Tamyes Abdul Wahid juga telah membuat laporan polis berkaitan iklan tersebut pada jam 9.43 malam tadi (3 Sept).
Tujuh ditahan berhubung insiden gaduh di restoran Pandan Indah
Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang.
Lelaki Amerika Syarikat ditahan di KLIA miliki tiga kelopak peluru
Polis mengesahkan menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.
Jangan sekadar tular, lapor polis - Ketua Polis Selangor
Polis mengingatkan orang ramai untuk melaporkan terus kepada pihak polis sekiranya berdepan sebarang kejadian tidak diingini dan tidak sekadar menularkannya di media sosial.
Pelakon tumbuk isteri ditahan polis
Pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu bagi membantu siasatan kes itu.