Tindakan dua pengawal syarikat keselamatan yang pecah amanah dengan mengambil wang tunai RM600,000 di dalam van ketika menghantar wang itu ke ibu pejabat syarikat membawa padah apabila masing-masing dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan.
Majistret Shahrul Ekhsan Hasim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Razali Kamarulzaman, 29, dan Mohammad Asmil Kadni, 26, selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan, mereka yang berasal dari Raub didakwa selaku pembawa beg berisi wang tunai RM600,000 yang diamanahkan ke atas mereka telah melakukan pecah amanah antara 7.30 dan 10.50 malam, 14 November lepas di Securiforce cawangan Raub di sini.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi pengawal keselamatan diarah untuk menghantar empat beg kanvas berisi wang tunai ke ibu pejabat syarikat keselamatan itu di Kota Damansara, Selangor.
Bagaimanapun, dalam perjalanan, dua tertuduh telah menyeluk ke dalam salah satu beg dan mengoyakkan sebuah beg kecil yang berada di dalam beg itu untuk mengambil wang tunai RM100, yang keseluruhannya berjumlah RM600,000, sebelum memasukkannya ke dalam beg galas mereka.
Wang itu kemudiannya disembunyikan di bawah almari kecil di sebuah bilik hotel di sini, dengan RM700 daripadanya dijadikan bayaran sewaan bilik untuk tempoh seminggu.
Terdahulu ketika rayuan, Mohd Razali merayu dijatuhi hukuman ringan kerana dia perlu menyara isteri yang tidak bekerja dan seorang anak kecil dengan pendapatan hanya RM1,500 sebulan.
Manakala Mohd Asmil yang masih bujang memberitahu pendapatan bulanannya adalah kecil dan membantu menyara ibu yang uzur.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Samirah Khalili manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
BACA: Baru empat bulan kerja sudah berani songlap RM600,000
Bernama
Fri Nov 22 2019
Hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan dijatuhkan ke atas Mohd Razali Kamarulzaman dan Mohammad Asmil Kadni selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Lelaki ditahan selepas tetak anak
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyerang dan menetak anaknya kerana perselisihan faham berkaitan duit dalam kejadian di Kampung Awak, Teluk Bahang di sini malam tadi.
Pasangan suami isteri tidak boleh 'kedekut', perlu kongsi beban
Apabila kita redha dan ikhlas dalam membantu pasangan, rezeki akan masuk dengan mudah seperti air terjun.
Duit gaji cepat habis? Ini tip pengurusan kewangan supaya hati kekal tenang, gembira
Ada masa perbelanjaan akan lebih, menyebabkan perbelanjaan sehingga hujung bulan belum tentu mencukupi.
Bangun tidur kemas katil pun dah boleh buat isteri gembira
Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Singapura akan tamatkan terbitan wang kertas S$1,000 mulai 1 Januari 2021
Mulai sekarang dan sehingga Disember 2020, wang kertas S$1,000 hanya akan disediakan dalam kuantiti yang terhad untuk setiap bulan.
Spurs pinjam duit Bank England
Spurs juga mendapat rebat kepada pihak penyiar untuk membayar setelah tiga bulan tanpa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.
Ambil RM600,000 dalam van, dua pengawal dipenjara, sebat
Dua pengawal syarikat keselamatan yang mengambil wang tunai RM600,000 di dalam van ketika menghantar wang itu ke ibu pejabat syarikat dihukum penjara 12 bulan
Tiada unsur kejutan jika keluar notis pembekuan akaun - SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mengeluarkan sebarang notis pembekuan akaun susulan siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).