Bekas Anggota Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, 57, meninggal dunia akibat kencing manis di rumahnya awal pagi ini.

Allahyarham yang mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi ahli parlimen selama sepenggal dari 2008 hingga 2013 setelah memenangi kerusi tersebut dengan mengalahkan calon PKR, Shamsul Iskandar Md Akin pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dengan majoriti 4,994 undi.

Bagaimanapun, pada PRU13, Allahyarham gagal mempertahankan kerusi parlimen Dungun selepas calon PAS, Saiful Bahari Mamat merampas kerusi tersebut dengan majoriti 1,287 undi.

Allahyarham yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Dungun meninggal seorang isteri dan empat orang anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jumaat.