ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 28 September 2020. 

1) Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.

2) Shafie Apdal ikrar Warisan akan terus berkhidmat

Sekalipun gagal menerima mandat untuk memimpin negeri, namun, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berikrar akan meneruskan khidmat kepada rakyat.

3) Tangani COVID-19 semasa PRU15: 'Kita perlu semeja, wujud blueprint' - Shahril

Parti-parti politik perlu duduk semeja dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyediakan rangka tindakan (blueprint) perjalanan pilihan raya semasa pandemik.

4) MB Perak negatif COVID-19, jalani kuarantin di rumah

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan sebaik pulang dari Sabah pada 20 September lepas.

5) COVID-19: Kluster baharu di Selangor babit suami isteri pulang dari Sabah

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Jalan Apas.

6) Jumlah kes aktif kembali lebih 1,000! Ini tumpuan kenyataan KKM hari ini

Kes baharu COVID-19 di Malaysia masih lagi mencatatkan tiga digit, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 115 lagi kes positif pada Isnin.

7) Agong keracunan makanan, jalani rawatan susulan di IJN

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disahkan menjalani rawatan akibat keracunan makanan di Institut Jantung Negara (IJN).

8) Keusahawanan perlu dilihat sebagai satu cabang kerjaya - Perdana Menteri

Bidang keusahawanan perlu dilihat sebagai salah satu cabang kerjaya berpotensi besar yang boleh diteroka oleh pelajar dan graduan.

9) KPT sasar 20,000 graduan manfaat Penjana KPT-CAP

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan seramai 20,000 graduan bakal mendapat manfaat daripada program Pelan Jana Semua Ekonomi (Penjana) KPT - Career Advancement Programme (Penjana KPT-CAP).

10) Bursa Malaysia ditutup tinggi

Saham di Bursa Malaysia diniagakan tinggi hari ini dipengaruhi oleh berita cadangan pakej rangsangan baharu oleh Amerika Syarikat (AS) yang bernilai kira-kira AS$2.4 trilion, serta keuntungan perindustrian China yang bertambah baik.