Kebanyakan daerah di Terengganu mencatat peningkatan demam denggi, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh.
Katanya, sebanyak 513 kes demam denggi direkodkan setakat 2 November lepas, iaitu peningkatan 25.7 peratus (113 kes) berbanding hanya 408 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.
Daripada 513 kes itu, Kuala Terengganu merekodkan kes tertinggi iaitu 220 kes diikuti Marang (73 kes), Kuala Nerus (55 kes), Dungun (53 kes), Kemaman (40 kes), Hulu Terengganu (32 kes), Besut (26 kes) dan Setiu (14 kes).
"Semua daerah menunjukkan peningkatan kes pada tahun ini kecuali daerah Besut yang menunjukkan penurunan kes iaitu hanya 26 berbanding 118 kes pada tempoh yang sama tahun lepas. Sehingga 2 November lalu, terdapat tiga kes kematian iaitu dua kes di Kemaman dan satu di Hulu Terengganu.
"Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 13 episod wabak denggi telah berlaku di negeri Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu, Marang (empat), Kuala Nerus (tiga) dan satu di Dungun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar memanfaatkan musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di persekitaran rumah dengan meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti tersebut.
"Musim tengkujuh pula akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles yang menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria.
"Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan disaran memastikan tempat-tempat tumpuan awam seperti pasar dan stesen bas adalah bebas daripada bekas-bekas berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes.
"Pihak sekolah juga dipohon memeriksa kawasan sekolah agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes dan digalakkan menjalankan aktiviti gotong-royong sebelum bermula cuti persekolahan tidak lama lagi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019
Sebanyak 513 kes demam denggi direkodkan di Terengganu setakat 2 November lepas, iaitu peningkatan 25.7 peratus (113 kes) berbanding hanya 408 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. - Gambar hiasan
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.
Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Hafizah 30 juzuk al-Quran raih markah ACCA kedua tertinggi dunia
Safwa Zamri yang bergelar hafizah ketika berusia 14 tahun meraih markah tertinggi dalam kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1), sesi Mac 2023.
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
Ingkar arahan Timbalan Speaker, Ahli Parlimen Besut digantung tiga hari
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor selepas Ahli Parlimen itu tidak duduk walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali.