Dua bekas Menteri Kewangan II hadir memberi penerangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen semalam berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.
Mereka ialah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang memegang jawatan itu dari Mac 2008 hingga Jun 2016 dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang berkhidmat dari Jun 2016 hingga April 2018.
Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ia merupakan lanjutan daripada prosiding yang diadakan pada 12 dan 13 Sept lalu.
"Kedua-dua bekas Menteri Kewangan II itu memberi penjelasan dan penerangan selama kira-kira sejam, menyentuh soal polisi, dasar serta tanggung jawab mereka berhubung GST ketika memegang jawatan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut hadir pada prosiding semalam Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Siti Zauyah Md Desa yang mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta pegawai kanan Kementerian Kewangan (MoF).
Ronald berkata PAC juga akan memanggil bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu sama pada 17 Okt.
Katanya, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah akan dipanggil semula pada 16 Okt walaupun beliau sudah hadir memberi penjelasan di hadapan jawatankuasa itu pada 13 Sept lalu.
PAC Parlimen turut menetapkan 22 Okt sebagai tarikh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir di hadapan jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan dan penerangan berhubung isu sama.
"Jawatankuasa ini berharap dapat membuat rumusan serta memberi cadangan kepada kerajaan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran GST berjumlah RM19.4 bilion ini apabila laporan PAC Parlimen berhubung isu ini dibentangkan di Dewan Rakyat selepas ketiga-tiga mereka selesai memberi penjelasan dan penerangan," kata Ronald.
Dalam pada itu, beliau berkata PAC bersetuju untuk memulakan semula tidak lama lagi prosiding terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan.
Beliau menjelaskan, ini susulan keputusan Dewan Rakyat melalui usul Menteri Kewangan pada 16 Ogos lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
Ahmad Husni dan Johari hadir memberi penerangan dan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen semalam. -Astro AWANI
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Masyarakat perlu bijak dalam memanfaat teknologi AI
Dalam pada itu, pensyarah Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Amir Akramin Shafie berkata, selain pemerkasaan pembanguan bakat, antara cabaran lain yang perlu diberi tumpuan ialah etika dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Pembangunan bakat dalam AI perlu diberi tumpuan
Pengarah AIBIG, Fakulti Sains dan Pengkomputeran, UMK, Dr Muhammad Akmal Remli berpandangan kerajaan perlu beri tumpuan kepada aspek pembangunan bakat dalam kecerdasan buatan (AI).
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.