Empat wakil akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini hadir di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini dipercayai untuk memberi penjelasan berhubung laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas.
Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.
Mereka tiba pada 10.50 pagi dan keluar dari bangunan itu kira-kira sejam kemudian.
Bagaimanapun, pihak media yang menunggu untuk mendapatkan kenyataan mereka hampa apabila dimaklumkan keempat-empat wakil The Star itu telah keluar melalui pintu lain.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim semalam dilaporkan berkata KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk pada muka depannya.
Beliau berkata KDN kecewa dengan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Terawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya yang tertulis ''Malaysian Terrorist Leader'' dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini.
Alwi berkata tindakan itu sangat mengecewakan memandangkan KDN telah memanggil pengurusan akhbar terbabit pada 23 Mei lepas untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.
Dalam pada itu, The Star juga telah membuat permohonan maaf atas perkara tersebut, semalam.
Menurut akhbar tersebut, adalah menjadi amalan akhbarnya menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan, kerana menghormati bulan mulia ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
Kementerian Dalam Negeri hari ini memanggil pengurusan Akhbar The Star untuk mendapatkan penjelasan berhubung gambar dan laporan muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas berkaitan solat Terawih pada malam pertama Ramadan. --fotoBERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.
New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
KLWBC2020: Akhbar dan sastera
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media
Tun Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.
Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta
Mereka juga mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran gagal membela nasib mereka.
Tradisi membaca boleh selamatkan surat khabar - Johan Jaaffar
di negara-negara maju tradisi membaca yang kuat itu menyebabkan akhbar-akhbar utama yang mempunyai kreadibiliti dapat bersaing dengan sosial media.