Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 330 kura-kura bernilai kira-kira RM1.2 juta pada Ahad (14 Mei).
Timbalan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM KLIA Abdull Wahid Sulong berkata kura-kura itu ditempatkan dalam lima kotak yang dibawa melalui penerbangan Etihad Airways dari Antananarivo Airport, Madagascar ke KLIA.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kotak tersebut di gudang kargo udara, zon perdagangan bebas KLIA kira-kira 3 petang semalam menemui lima kura-kura jenis Ploughshare dan 325 kura-kura jenis Indian Star.
Abdull Wahid berkata siasatan awal menunjukkan kura-kura yang dirampas itu dicatatkan sebagai batu dalam waybill udara.
"Siasatan masih diteruskan untuk mengesan pengimport atau pemilik kura-kura yang dialamatkan ke Salak Tinggi, Sepang, Selangor yang kemudiannya didapati palsu," katanya, sambil menambah sehingga kini belum ada tangkapan dilakukan berkaitan kes itu.
Abdull Wahid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minima 10 kali nilai atau maksima 20 kali ganda dari nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, kura-kura dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit.
Pada masa sama ia juga disenaraikan sebagai barang yang dilarang import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III kecuali dengan permit import Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), katanya.
Menurutnya, harga pasaran gelap kura-kura jenis Ploughshare ialah AS$4,000 (US$ 1 = RM4.33) seekor sementara harga bagi Indian Star ialah AS$1,000.
"Kura-kura berkenaan disyaki untuk dijadikan haiwan peliharaan namun tidak dapat dipastikan sama ada ia dihantar ke Malaysia bagi tujuan transit atau untuk pasaran tempatan," katanya.
Kesemua kura-kura yang dirampas itu akan diserahkan kepada Perhilitan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2017
Seekor kura-kura Indian Star dijual pada harga sekitar AS$1,000 dalam pasaran. - Gambar hiasan/Wikipedia
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Indonesia minat beli 2 juta tan beras - PM Thailand
Indonesia pada Isnin menghantar surat rasmi memohon untuk membeli dua juta tan metrik beras Thailand.
India import 217,847 tan minyak sawit dari Malaysia pada November
Penghantaran dari Malaysia terdiri daripada 195,505 tan minyak sawit mentah (MSM), 16,343 tan olein sawit RBD dan 5,999 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO).
Pengeluaran getah tempatan rendah punca Malaysia masih perlu import
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagi tahun 2022, pengeluaran lateks negara hanya dapat menampung sekitar 4 peratus jumlah penggunaan domestik.
Import minyak sawit India dari Malaysia naik 8.5 peratus pada Ogos
India mengimport 327,815 tan minyak sawit dari Malaysia pada Ogos -meningkat kira-kira 8.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Import minyak sawit India melonjak 60 peratus pada Julai
Import minyak sawit berjumlah lebih sejuta tan, menyumbang 62 peratus daripada keseluruhan import minyak sayuran India pada bulan lepas.
Prestasi perdagangan Malaysia Jun 2023 merosot 16.3 peratus
Eksport dan import turut mencatatkan penurunan masing-masing 14.1 peratus dan 18.9 peratus.
India import 155,058 tan minyak sawit dari Malaysia pada Jun
Jumlah itu terdiri daripada 139,932 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 15,126 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD).
Lima negeri dominasi eksport Mei 2023 berjumlah 82.5 peratus - Jabatan Perangkaan
Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur menjadi pengeksport utama pada Mei 2023 dengan menyumbang sebanyak 82.5 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi tempoh tersebut.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.7 bilion pada 31 Mei
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.