Perusahaan Kecil Dan Sederhana negara mencatat kadar pertumbuhan tahunan purata yang memberangsangkan iaitu 5.4 peratus bagi tempoh 2007 sehingga 2016.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) petang ini, ia merupakan lebih tinggi daripada pertumbuhan tahunan purata ekonomi keseluruhan iaitu pada kadar 4.2 peratus.

Pertumbuhan kadar eksport PKS pada 2016 juga telah meningkat kepada 6.6 peratus walaupun persekitaran ekonomi dan pasaran global yang agak mencari.

Tambah beliau bagi merancakkan lagi peranan PKS dalam memberi sumbangan kepada negara beberapa rancangan strategik telah pun digarap.

"dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada negara, Kerajaan telah menetapkan tahun 2017 sebagai tahun bagi mempromosikan pembangunan PKS dan Permulaan Perniagaan.

"Sehubungan itu sejumlah 167 program pembangunan PKS dengan dana berjumlah 5.88 billion ringgit sedang dilaksanakan oleh 16 kementerian dan lebih 60 agensi".

Beliau juga mengumumkan 25 Jun sehingga 1 Julai 2018 sebagai minggu PKS Kebangsaan yang ke-6.

Ia sejajar dengan pengumuman oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGGA) yang telah menetapkan 27 Jun sebagai Hari Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana Antarabangsa pada April lalu.