Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Fatimah Abdullah tidak menolak kemungkinan kes penipuan 47 warga Malaysia yang ditangkap dan ditahan di penjara Poi Pet, Kemboja didalangi rakyat tempatan.
Katanya, laporan polis mengenai kes berkenaan akan dibuat, tetapi beliau enggan mengulas lebih lanjut dan menambah beliau serahkan perkara itu kepada pihak polis untuk menyiasat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada sidang media di sini hari ini tentang kemungkinan kes itu didalangi rakyat tempatan (Sarawak) memandangkan kebanyakan mangsa, iaitu seramai 40 orang berasal dari Sarawak.
"Kami ada mendapat maklumat tetapi biarlah pihak polis membuat siasatan," kata Fatimah dan menambah bahawa pihak polis sedang berhubung dengan bekas tahanan terbabit.
"Pihak polis Kemboja mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan tetapi kami tidak boleh mendedahkan.
"Pihak polis tahu apa hendak dibuat. Misi kami ialah untuk membawa mangsa pulang dan tugas kami sudah selesai dan kini terpulang kepada agensi lain untuk meneruskan apa yang perlu dilakukan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong yang juga bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut sama dalam delegasi kerajaan negeri Sarawak ke Kemboja dan turut hadir pada sidang media berkenaan berkata banyak maklumat yang diperolehi tidak boleh dikongsikan.
Semasa ditanya apakah peranan Ahli Parlimen Julau Larry Sng dalam rundingan pembebasan 47 rakyat Malaysia terbabit, Fatimah berkata beliau tidak tahu menahu pembabitan beliau dalam rundingan itu.
Empat puluh tujuh rakyat Malaysia terbabit ditangkap pada 11 Disember lalu kerana disyaki terbabit dalam pengendalian judi haram di negara berkenaan dan ditahan di penjara Poi Pet, Kemboja sebelum dibebaskan semalam.
Mereka tiba di KIA dengan menaiki pesawat yang disewa JC Airlines, dari Seam Reap dan tiba di KIA kira-kira jam 3.10 petang tadi, manakal empat orang dari semenanjung menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 17 2019
Seramai 40 anak Sarawak yang ditahan di penjara Kemboja kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam talian secara haram, selamat tiba di Terminal VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada jam 2.20 petang Ahad. - Bernama
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak telah kehilangan seorang lagi figura hebat dalam arena politik.
Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan
Fatimah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.
TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.
Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa
Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada ISSUP Global.
Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.
Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan berumur 21 tahun ke bawah yang lahir di negeri itu.
Dokumen sementara buka peluang kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan - Fatimah
Dokumen itu penting supaya mereka yang tidak mempunyai kewarganegaraan terutama kanak-kanak boleh mendapat akses pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
Guru 'hilang' selepas dipercayai rogol dua pelajar
Usaha mengesan seorang guru berusia 33 tahun masih giat dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dua pelajar sekolah menengah Sebauh, Tatau di Bintulu.
Rahsia Rosli Dhoby dipentaskan dalam sambutan Hari Sarawak
Kisah hidup dan keperibadian pejuang kemerdekaan Rosli yang tidak pernah diketahui umum akan diketengahkan.
Kerajaan Sarawak sokong usul beku akaun bank suami
Kerajaan Sarawak menyokong sepenuhnya usul menyekat dan membekukan akaun bank suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.