Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan berada di dalam beg plastik berbalut dengan kain cadar katil di tepi longkang di belakang sebuah rumah kedai di Taman Berlian Indah, dekat sini, pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata mayat bayi malang itu ditemui orang awam kira-kira 11 pagi sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
"Siasatan awal mendapati mayat bayi yang masih lengkap bertali pusat dan uri itu dijumpai di dalam beg plastik, berbalut dengan kain cadar katil dan diletakkan di tepi longkang di belakang sebuah rumah kedai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Saifi berkata siasatan kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan turut dijalankan bersama pihak Forensik Kbu Pejabat Polis Kontinjen Kedah manakala mayatnya akan dibedah siasat esok di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. -- Bernama
Bernama
Sat May 19 2018
Mayat bayi yang masih lengkap bertali pusat dan uri itu dijumpai di dalam beg plastik, berbalut dengan kain cadar katil, di Taman Berlian Indah, Sungai Petani. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.
JKM kesan ibu, waris bayi ditinggal dalam beg tepi longkang
JKM Daerah Manjung sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi lelaki yang ditemukan dalam beg di tepi longkang belakang rumah kedai di Ayer Tawar.
Bayi lelaki ditinggalkan dalam beg di tepi longkang
Seorang bayi lelaki ditemukan dalam sebuah beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar dekat Manjung, semalam.
Bayi lelaki ditemukan dalam bungkusan plastik di Bandar Sunway
Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam bungkusan plastik di tepi jalan di Bandar Sunway, Subang Jaya dekat sini, semalam.
JKM cari waris bayi dijumpai di kedai ayam
JKM Terengganu sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi perempuan yang dijumpai di sebuah kedai ayam di Bukit Jabor, Chukai dekat sini pada 6 Julai lalu.
JKM kesan waris bayi dibuang dalam tong sampah di Klebang
JKM Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi perempuan yang ditinggalkan dalam tong sampah berhampiran Flat Langkawi, Pantai Emas Klebang di sini, pada bulan lalu.
Buang bayi: Tindakan pantas pegawai perubatan, selamatkan nyawa bayi baru lahir
Polis berkata hasil siasatan mendapati ibu bayi itu belum berkahwin dan bekerja sebagai jurujual, dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
256 kes buang bayi dalam tempoh dua tahun sejak 2020 - Nancy
Sejumlah 256 kes pembuangan bayi direkodkan sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Bayi baru lahir ditinggalkan di jalan raya, sebelum meninggal dunia
Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.