KUALA LUMPUR:Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), mengumumkan pelantikan Mohd Muzzammil Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.
Yayasan itu dalam satu kenyataan menyatakan pelantikan Mohd. Muzzammil, 31, akan meneruskan kesinambungan usaha agensi itu, meningkatkan bakat golongan bumiputera dalam bidang ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata beliau yakin Muzzammil akan dapat menjalankan tugas dengan baik bersama tenaga kerja yayasan tersebut.
"Pengalaman bekerja dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi pada masalalu, akan dimanfaat untuk beliau memimpin Yayasan Peneraju mencapai matlamat melahirkan lebih ramai guna tenaga seperti di negara maju, daripada berintensifkan buruh kepada ekonomi bernilai tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Muzammil sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Felo Akademik di Universiti Utara Malaysia, pegawai penyelidik di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya, termasuk berkhidmat di beberapa firma juruukur dan perancang bandar seperti Think-City Geografia dan BLT Architect.
Beliau turut terlibat dalam penerbitan lima buah buku akademik, empat jurnal artikel dan lain-lainartikel di majalah selain pernah menjadi penulis ruangan kolum di akhbar Sinar Harian, Kosmo, Utusan, The Star dan Berita Harian berkenaan pendidikan, perancangan bandar, pengurusan bencana dan politik.
Mohd. Muzzammil memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah Universiti Sains Malaysia, Sarjana Perancang Hartanah Heriot-Watt University, United Kingdom dan kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) Geografi di Durham University, United Kingdom.
Berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih dari 33,000 penerima faedah seluruh Malaysia melalui 261 program pembiayaannya dengan agihan peruntukan sebanyak RM716 juta dalam tempoh lapan tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Pelantikan Mohd. Muzzammil, 31, akan meneruskan kesinambungan usaha agensi itu. -Foto [email protected]
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan Daily Telegraph dan Spectator oleh kumpulan yang disokong oleh UAE.
UK ingin tingkatkan lagi kerjasama dengan Sabah lonjakkan ketibaan pelancong - Pesuruhjaya Tinggi
Kerajaan UK menyemak nasihat perjalanan ke timur Sabah tahun lepas bagi menarik lebih ramai rakyat British melancong ke negeri itu.
Hidap kanser, Raja Charles III ucap terima kasih atas sokongan
Raja Charles meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyokong atas keperhatian mereka setelah didiagnosis kanser.
H.R. Owen pengedar terbaharu jenama kereta Lotus di UK
H.R. Owen menjadi peruncit terbaharu bagi jenama Lotus di UK, memperkenalkan model seperti Evija, Emira, Eletre dan Emeya.
AS, UK serang lebih 30 sasaran Houthi di Yaman
AS dan UK melakukan serangan itu dengan sokongan beberapa negara lain antaranya, Australia, Bahrain dan Kanada.
Kapal persiaran Norway alami masalah navigasi di Laut Utara akibat ribut
Kapal itu yang berlayar dari bandar Floro di Norway ke bandar pelabuhan Tilbury di UK menghadapi masalah navigasi akibat ribut Pia.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Tipu tawaran kerja tak wujud di UK, 16 ‘scammer’ didenda RM 48,000
Seramai 16 individu termasuk seorang wanita dan tiga warga China didenda RM3,000 setiap seorang di Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana terbabit dalam penipuan kerja.