KOTA BHARU:Selepas 12 hari menerima rawatan akibat jangkitan COVID-19, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh daripada virus berbahaya itu.
Mustapa dalam satu hantaran di laman Facebook berkata beliau telah dibenarkan keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada 4.30 petang.
"Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT setelah 12 hari bertarung di HRPZ II dengan pemantauan rapi oleh doktor, jururawat dan barisan hadapan, pada 4.30 petang ini saya dibenarkan keluar hospital.
"Terima kasih tidak terhingga kepada semua staf Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya di HRPZ II, ahli keluarga, sahabat handai dari seluruh pelusuk tanah air yang beri kata kata-kata semangat, ucapan dan doa," katanya.
Berkongsi pengalaman, Ahli Parlimen Jeli itu berkata sepanjang tempoh 12 hari di hospital, perkara yang paling mencemaskan ialah semasa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari apabila terdapat sedikit masalah pernafasan dan kekurangan tenaga.
BACA: Mustapa Mohamed positif COVID-19
Bagaimanapun, dengan pemantauan rapi doktor dan jururawat serta keyakinan penuh kepada ketentuan Allah SWT, keadaan beliau beransur pulih.
Mustapa berkata ketika ini, beliau perlu lebih banyak berehat, kurangkan bekerja dan tidak boleh bertemu ramai orang.
Sehubungan itu, beliau menasihati seluruh masyarakat agar selalu memakai pelitup muka, menggunakan pembersih tangan, mengamalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelindung muka hendaklah dijadikan amalan sepanjang masa sehingga pandemik COVID-19 benar-benar pulih.
"Pengajaran: pandemik ini ketentuan Allah SWT supaya manusia insaf dan sedar betapa kerdilnya kita semua. Sepanjang pandemik COVID-19, kita perlu menjaga maslahah umum mengatasi kepentingan peribadi.
"Ancaman ini serius, perlu diambil berat oleh rakyat. Ketakutan kepada COVID-19 biar sebati dengan diri kita kerana kita masih belum memenangi peperangan ini. Semoga Allah SWT menyelamatkan negara kami, pemimpin-pemimpin kami dan semua rakyat daripada COVID-19," katanya.
Mustapa juga mengharapkan agar seluruh rakyat berdiri teguh di belakang kerajaan, KKM dan pihak penguatkuasa bagi mempertahankan nyawa serta kehidupan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021
Ahli Parlimen Jeli itu berkata sepanjang 12 hari di hospital, perkara yang paling mencemaskan ialah semasa berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari. - Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.
Tanpa subsidi kerajaan, inflasi negara boleh cecah 10.6 peratus pada Ogos 2022 - Mustapa
Malaysia yang juga sebagai sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global.