Ops Benteng yang diaktifkan pada 12 Mei 2020 melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi-agensi penguatkuasaaan dan keselamatan yang lain telah berjaya menahan 442 individu dari pelbagai kewarganegaraan, setakat 3 Jun 2020.

Kesemua mereka ditahan hasil daripada aktiviti melibatkan pemakluman pelaksanaan operasi kepada masyarakat, gerak kerja cegah rintang iaitu pengawalan di sempadan daratan dan lautan, pamantauan 24 jam di jalan-jalan tikus dan kawasan titik panas yang telah dikenalpasti.

Op Benteng dilaksanakan di bawah National Task Force bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ia adalah usaha pihak kerajaan untuk mengekang jenayah rentas sempadan di samping menyekat penularan wabak pendemik COVID-19 yang berkemungkinan akan dibawa oleh PATI.

Orang ramai diseru untuk terus memberi kerjasama a dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan PATI, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF.